Connect with us

Viral

Tahun Lepas Habis ‘Total Loss’, Kini Kereta Baru Dibeli Tak Sampai Sebulan Dihempap Pokok


Hujan lebat dan ribut petir beberapa hari lepas di beberapa buah kawasan termasuk ibu negara nyata membuatkan orang ramai trauma dengan terjadiny pokok tumbang dan tanah runtuh.

Walaupun tidak seteruk fenomena banjir hujung tahun lepas namun ianya sedikit sebanyak menguji orang ramai dengan kehilangan harta benda seperti motor, kereta dan sebagainya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki yang dipercayai pegawai tentera telah menerima nasib yang sama mencuri perhatian ramai.


Sudah jatuh ditimpa tangga, itulah pepatah yang sesuai buat pegawai ‘in-charge‘ ini apabila kereta mewah yang diusahakan atas hasil titik peluh sendiri rosak teruk akibat dihempap pokok besar.


Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah kawasan parkir terdapat di dalam kem tempat mereka bertugas.

Difahamkan, kereta tersebut kurang satu bulan dan apa yang lebih menyedihkan adalah pada tahun lepas pegawai ini juga telah kehilangan sebuah lagi kereta ekoran ‘total loss’ selepas terlibat dalam kemalangan.

Video yang tular di TikTok:

@izaamadam Kereta baru beli x smpai sbulan dihempap pokok 😔… mntak jasa baik kita doakan supaya dimurahkan rezeki.. #ribut ♬ Kiss The Rain . Yiruma – Kristan💕 | Harpist

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 122.1K tontonan, 4384 tanda suka, 536 komen dan 144 perkongsian di appliasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersimpati dengan ujian yang diturunkan buat lelaki ini dan berharap agar dia terus cekal dan tabah.

Bukan itu sahaja, malah para netizen juga mendoakan agar dia dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusannya.

Tidak dinafikan, kejadian ini juga mengingatkan orang ramai dengan kisah seorang pelawak terkenal iaitu Ebby Yus yang kehilangan rumahnya yang hampir siap dibina atas titik peluh sendiri dan beberapa hari selepas itu dia dikejarkan ke hospital ekoran terdapat masalah pada bahagian paru-parunya.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kadang2 takut nak park dekat bawah pokok”


“Allah uji sebab dia sayang”

“Mungkin Allah nak ganti yang lebih baik..”


“Allah tahu kemampuan kita untuk hadapi..”

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)