“Wow..macam kem askar” Gelagat Ayam Bertempiaran Lari Dengar Tuan Bagi Arahan Kawad Jadi Perhatian

Terdapat pelbagai jenis haiwan yang boleh kita jadikan haiwan ternakkan seperti kambing, lembu, itik dan juga ayam bahkan dapat memberikan pulangan wang ringgit.

Tidak dinafikan apa jua jenis haiwan ternakan atau perliharaan pasti boleh mendengar arahan jika dijinakkan atau dimanjakan setiap hari.

Sama juga dengan kisah yang tular baur-baru ini dimana sekumpulan ayam ‘gelabah’ lari apabila mendengar suara tuannya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @idafaseha, kelihatan ayam itu sedang ‘santai’ berada di luar reban namun masih di dalam kawasan berpagar.

Namun tiba-tiba sekumpulan ayam tersebut bertempiaran lari menyorokkan diri ke bawah reban setelah mendengar suara seorang gadis memberikan arahan seakan-akan arahan dengan kuat.

Apa yang lebih kelakar adalah arahan yang diberikan oleh gadis tersebut seakan-akan arahan yang diguna pakai ketika berkawad.

“Bila adik ipar bagi arahan.. Boleh pergi skolah dah ayam² nie.” katanya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@idafaseha Bila adik ipar bagi arahan.. Boleh pergi skolah dah ayam² nie.. 😂 #Fyp ♬ original sound – iDaFaseha

@idafaseha 1st time lepaskan main luar reban.. esok lusa cukop s’bulan, kite hntar masuk reban besar dekat kg pulak.. 🐤 #AKL ♬ The Chicken Song (Tchip Tchip) – The Dancing Chickens

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 172.0 tontonan, 12.9 tanda suka, 759 komen dan 786 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat ayam yang diternak oleh gadis ini dan memuji sikap sekumpulan ayam tersebut kerana ‘bijak’ mendengar arahan dari tuannya.

Bukan itu sahaja, malah ada para netizen yang erseloroh mengatakan situasi ayam berlari aabila mendengar arahan itu persis seperti dalam kem askar.

Berikut merupakan komen waga maya:

“Dengar suara tuan lari terus”

“Wow..macam kem askar..Laju diorang dengar arahan”

“Wow hebat betul ni semua bertindak mengikut arahan yea..Lau tak ada yang jadi lauk ni”


“Saya ulang 6x sebab anak dua tahun kekekek gelak”