Pelakon Zulin Aziz naik angin apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang difahamkan terbabit dengan sindiket penipuan seperti yang didakwa netizen.

Jelas Zulin, perkenalannya dengan individu terbabit atas dasar kawan dan tiada kena-mengena dengan urusniaga lain.

 

View this post on Instagram

 

Thank you @naelofar . Cantik sangat bawal ni ❤️

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Apa kena mengena dengan aku

“Bodoh manalah yang fitnah tak habis-habis ni.Aku dah rimas dengan komen tak habis-habis pasal scammer. Apa kena mengena dengan aku?”.

“Kalau aku kenal pun jadi apa isunya dengan masalah dia? Aku tak ada buat bisnes mahupun kaitan dengan gejala sosial yang lain”.

Nak jadi saksi pun tak layak

“Aku pergi rumah masak-masak, main dengan anak-anak dia. Lainlah aku sahabat sehidup semati, duduk serumah ke apa”.

“Ni nak jadi saksi pun tak layak sebab aku bukan selalu pun. Aku kenal je. Bangkai betul perangai sensorang. Haih,” kata Zulin.

Tambah Zulin lagi, tindakan memfitnahnya itu dianggap melampau dan sama sekali tidak masuk akal.

 

View this post on Instagram

 

Keluar pi shooting je ni… turun je kereta,pakai mask ok? 😷

A post shared by زولين عزيز (@zulinaziz) on

Jatuhkan hukum sendiri kalau fitnah macam mana

“Dahla masih dalam siasatan, tak tahu betul ke tak, dah jatuhkan hukum sendiri. Kalau fitnah macam mana? Dosa fitnah korang ni lagi teruk dari dosa mereka agaknya”.

“Sebarkan benda yang sahih dan bukti selepas dari siasatan. Bukan tengah jalan siasatan semua dok buat pandai. Masalahnya orang tak ada kena-mengena pun korang kaitkan”.

Awak baik sangat ke sampai semua orang nak hentam

“Aku sakit hati betullah. Tolong tag aku yang mana satu fitnah tu. Aku kena betulkan keadaan dan ambil tindakan”.

“Korang ni naik lemak! Ingat diri tu Tuhan ke? Ingat awak tu baik sangat sampai semua orang nak dihentam”.

Kalau aku ada salah aku tak kisah, tapi jangan fitnah orang

“Korang carilah aku di akhirat. Aku takkan ampunkan walau sepatah fitnah pun ke atas aku. Aku dah angin sangat dah ni. Melampau-lampau”.

“Jaga-jaga ya. Aku sedang perhati netizen mulut lahar. Kau nak lahar kalau aku ada salah aku tak kisah, tapi jangan fitnah orang! Bodoh betul!” kata Zulin lagi.


Semoga segala perselisihan faham dapat diselesaikan dengan cara baik dan moga kita sentiasa berwaspada dalam sesuatu perkara yang masih belum jelas dan terbukti.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.