“Kali pertama bertemu ‘Datin Alya’ sebagai..” Didakwa Bisnes Guna Dana Macau Scam, Chacha Maembong Berang

Pelakon Chacha Maembong telah memuat naik satu posting berkaitan isu yang dikaitkan dengan beliau di Instagram miliknya.

Beliau akhirnya membuka mulut selepas beberapa hari namanya hangat terseret sama dalam plot cerita’Macau Scam yang membabitkan beberapa artis di Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

Selamat hari raya❤️ Wearing @qiszar and @katespadeny loving it so much😍 #ccm #livelifetothefullest #alhamdulillah

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Pertuduhan tersebut adalah fitnah buat dirinya

Menerusi kenyataan yang dikongsikan itu, Chacha memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan individu kononnya berpangkat Datuk dan wanita bernama ‘Datin Alya’ serta kaitannya dengan aktiviti Macau Scam serta perjudian Online.

Menurut Chacha, segala pertuduhan yang dikeluarkan oleh orang tidak bertanggungjawab di media sosial sejak beberapa hari lalu adalah sebuah fitnah buat dirinya.

Malah, pelakon iji juga tak teragak agak untuk mengambil tindakan guaman kerana reputasi dan perniagaannya terjejas.

Perniagaannya turut terjejas 

Beliau yang merupakan adik kepada Emma Maembong itu mengatakan akibat daripada fitnah tak bertanggungjawab itu, reputasi serta perniagaan yang dijalankan turut terjejas.

“Baru baru ini saya telah mendapat tahu bahawa terdapat beberapa individu dalam media sosial yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan tidak benar terhadap saya”.

Fitnah tersebut telah menjejaskan reputasi saya

“Bahawa saya memulakan perniagaan kononnya dengan dana yang diperolehi daripada individu yang kononnya dikenali sebagai Dato Zaidi Kanapiah dan saya terlibat dalam aktiviti Macam Scam dan juga perjudian online”.

“Akibat daripada kenyataan yang dibuat beberapa penama ini, saya telah mendapat kecaman di media sosial dan ini telah menjejaskan reputasi saya dan menjejaskan perniagaan saya,”.

Tegas gadis berusia 24 tahun itu juga, beliau dengan sekerasnya menafikan sudah mengenali individu berpangkat Datuk itu, apa lagi pernah bertemu dan berhubung dengannya.

Perniagaan saya merupakan hasil titik peluh saya

Sehubungan itu, dengan tegas dia mengatakan sumber atau dana perniagaannya adalah hasil dari titik peluh sendiri.

“Saya ingin menegaskan bahawa sumber dana perniagaan saya merupakan hasil titik peluh saya”.

“Untuk makluman, produk keluaran sata adalah kerjasama dengan sebuah syarikat ternama di Malaysia dan Asia, tiada kaitan dengan penglibatan dana atau modal dari sumber lain,” katanya lagi.

Datin Alya sebagai kenalan bukanlah sebagai rakan karib

Dalam kenyataan yang sama, pelakon itu turut menjelaskan tuduhan dirinya berkawan baik dengan individu dikenali sebagai Datin Alya selepas ada pihak yang menyebarkan foto mereka bersama.

“Gambar yang telah tular di media sosial adalah gambar yang diambil sekitar Januari 2017, ketika pertama kali saya bertemu dengannya ‘Datin Alya’ sebagai kenalan dan bukanlah sebagai rakan karib,” jelasnya.

 

View this post on Instagram

 

Because TWO is better than ONE @emma_maembongofficial #livelifetothefullest #lovelife #ccm #emmamaembong #soulsister

A post shared by Chacha Maembong (@chacha_maembong) on

Semoga segala perselisihan faham dapat diselesaikan dengan baik dan pastikan kesahihan sesuatu perkara terlebih dahulu sebelum anda membuat sesuatu kenyataan. Tak pasti jangan kongsi.