[VIDEO] Jep Buat Hal Lagi, Tiru Gaya ‘Slow-mo’ Budak 46 Dalam Sepahtu Reunion Live 2020

Rancangan Sepahtu Reunion antara rancangan yang ditunggu-tunggu oleh peminat pada setiap minggu.

Gandingan mantap penuh serasi dari para pelakon Sepahtu Reunion ternyata berjaya memikat hati penonton.

Setelah sekian lama tidak bersiaran, malam tadi pula orang ramai dapat menyaksikan episod pertama menerusi Astro Warna.

Sepahtu Reunion kena buat lawak tanpa penonton

Terdahulu, Jep telah memuat naik satu posting di Instagram mengenai para pelakon yang terpaksa beraksi tanpa penonton.

“Bila dapat tau #sepahtureunionlive khamis ni kau kne buat lawak tanpa penonton. Bolehlah diumpamakan seperti main bola tapi bola takde”.

Gandingan mantap Sepahtu dan artis jemputan membuahkan hasil

Pada malam semalam, gandingan mantap menyaksikan Jep, Shuib, Rahim dan Illya bersama selebriti jemputan, Isyariana dan Erra Fazira ternyata membuahkan hasil.

Lawak Jep yang bersahaja menggeletak hati penonton malah lawak mereka juga terselit pengajaran disebaliknya.

Yusry Halim pun tak tahan nak gelak 

Apa yang menarik perhatian ramai adalah dengan kemunculan Yusry Abdul Halim dalam episod malam tadi.

Jep sempat buat gaya budak 46

Malah, video pendek yang dikongsikan ini turut menarik perhatian ramai apabila Jep sempat membuat gaya seperti Budak 46 yang kini kian popular.

Menerusi ruangan komen, ramai yang meninggalkan reaksi mereka dan rata-rata penonton gelak besar dengan gelagat Jep Sepahtu dalam Sepahtu Reunion Live pada malam tadi.