Baru Buka Tudung Didakwa Pernah Kecam Neelofa, Ini Komen Sarah Hildebrand

Beberapa hari lalu, pelakon dan pengacara Neelofa membuat keputusan untuk memakai niqab. Penghijrahan beliau telah mendapat perhatian ramai peminat dan juga rakan artis.

Malah, pengacara kesayangan ramai ini turut menerima pelbagai reaksi yang positif dan doa-doa yang baik dari orang ramai.

Imej terbaru Sarah Hildebrand 

Sebaliknya, lain pula yang dihadapi oleh seorang lagi pelakon iaitu Sarah Hildebrand apabila beliau turut mengumumkan sesuatu berkaitan imej terbarunya.

Pelakon wanita ini mengejutkan ramai orang dengan keputusannya yang tampil dengan imej terbaharu, tidak lagi mengenakan hijab.

Namun, giliran netizen pula mengungkit perkara lalu apabila pelakon ini didakwa pernah mengutuk Neelofa.

Dulu kutuk Neelofa

Sarah sebelum ini kritik Neelofa berhubung pelancaran tudung di kelab malam

Difahamkan, Sarah menerima kritikan negatif berhubung perkara yang sama melalui DM di IG Story.

Beliau kemudiannya telah memuat naik beberapa story berkaitan isu tersebut di ruangan Insatgramnya.

Pelakon ini menerima pelbagai reaksi daripada netizen termasuk dikaitkan dengan penghijrahan Neelofa.

Terdahulu, Sarah didakwa pernah mengkritik Neelofa kerana mengadakan pelancaran jenama tudung di sebuah kelab malam.

Kata-kata negatif bukanlah contoh yang baik

“Dulu kutuk Neelofa. Sekarang Lofa dah berubah ke arah yang lebih baik, tapi kau pula yang berubah ke arah”.

Walaubagaimanapun, Sarah turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak dengan kata-kata negatif kepada siapa pun.

Kata-kata negatif seperti yang diterimanya itu bukan contoh baik. Tambahnya lagi, dia akan berasa malu sekiranya pengikutnya memiliki sikap sedemikian.

Ini respon Sarah

Tambah Sarah lagi, memperingati orang ramai bahawa sesiapa sahaja boleh berubah dalam apa juga keadaan dan masa.

Jelas pelakon ini lagi, di pengakhiran hari hanya kesucian dan kebaikan hati yang akan dinilai.

Semoga segala salah faham yang tercetus dapat diselesaikan dengan baik dan ini menjadi pengajaran buat kita semua.