Isteri Gigih Tolak Motor Roda Tiga Bawa Suami Kudung Kaki & Anak Kecil Undang Sebak Netizen

Kesetiaan hingga ke hujung hayat merupakan impian dan harapan setiap orang yang mendirikan rumah tangga.

Kebahagiaan itu hadir apabila sebuah pasangan saling lengkap melengkapi antara satu sama yang lain.

Pasangan yang ada semasa susah dan senang merupakan anugerah yang paling terindah buat seseorang insan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita gigih menolak motosikal roda tiga yang dinaiki oleh anak kecilnya, manakala suaminya yang kudung kedua-dua belah kaki pula berkerusi roda dan berpaut pada kenderaan tersebut mencuri perhatian ramai.

Memetik laporan mStar, difahamkan kejadian tersebut berlaku Jalan Perak, Taman Bandar Baharu di Kampar, Perak, pada pagi Selasa dan diraka oleh seorang wanita yang bernama Zaheera Hamidi.

Zaheera turut berkata pada ketika itu dia dalam perjalanan untuk membeli barangan dapur di sebuah pasar raya, sebelum terserempak dengan keluarga tiga beranak itu.

“Saya nak ke Econsave, nak beli barang memasak untuk berbuka puasa. Ketika itu sekitar pukul 11 pagi.”

“Selama ini memang selalu nampak mereka tapi tidak berkesempatan nak rekod. Niat saya rekod sebab mahu permudahkan urusan mereka,” ujar wanita berusia 33 tahun itu.

Zaheera yang menetap di Kampar berkata, dia sering terserempak dengan keluarga tersebut sejak berniaga di sebuah medan selera di Kampar.

“Saya biasa nampak keluarga ini… ketika itu si suami masih mempunyai kaki. Kemudian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saya tengok kedua-dua kakinya dah tak ada.”

“Sejak itu mereka naik benda itulah untuk ke mana-mana. Saya sedih sebab anaknya lebih kurang sebaya dengan anak saya.”

“Mereka orang Cina. Saya tak reti nak pergi jumpa mana-mana pihak jika situasi seperti ini,” ujarnya lagi.

BACA: Simpati Pengemis Buta & Susah, Sekali Wanita Ini Dedahkan Kantoi Datang Dengan MPV

“Saya dapat tahu pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) baru saja datang ke rumah mereka. Bagi saya, ini petanda yang baik. Rezeki mereka,” katanya lagi.

Video yang tular:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen sayu melihat kegigihan mereka dalam meneruskan kehidupan malah ada juga yang meminta detail tentang keluarga tersebut untuk tujuan membantu dan memberikan sumbangan.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Antara komen warga maya:

“Boleh tahu alamat lengkap keluarga ni? Ada sesiapa tinggal berhampiran di sekitar kawasan perumahannya tak?”