Connect with us

Viral

Gelagat Gadis Taknak Masuk Pagar Asrama Sebab Malu, Ayah ‘Geram’ Sampai Tolong Beraturkan Buat Ramai Terhibur

Menjejakkan kaki ke alam asrama sememangnya satu perkara yang mendebarkan apatah lagi bila waktu pertama kali masuk untuk sesi pendaftaran dan sebagainya.

Lagi membuatkan jantung berdegup laju apabila kita tidak kenal seorang pun dan kawan yang sepatutnya bersama-sama dengan kita lambat tiba.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimanaseorang budak perempuan tidak mahu turun daripada kereta kerana tidak ada sorang pun yang dia kenali di situ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @patehaaa_, difahamkan dia hendak menunggu kawannya tiba kerana semua yang beratur untuk masuk ke kediaman asrama itu adalah ‘junior’nya iaitu pelajar tingkatan 2.

Dapat kita lihat, dia mengunci pintu kereta kerana ayahnya mendesaknya untuk turun, dia juga kelihatan mengelak apabila ayahnya ingin menariknya dan tidak mahu turun dengan alasan malu serta turut meminta agar ahli keluargnya tidak membuatkannya ‘nervous’

“malu la kita.. kita nak tunggu kawan kita..sabar, jangan bagi orang nervous..” ujarnya

Geram dengan sikap budak perempuan tersebut, ayahnya bertindak untuk pergi beratur namun tak lama selepas itu dia terlihat rakannya dan cepat-cepat turun daripada kereta.

Video yang tular di laman TikTok:

@patehaaa_ #ad budak nak masuk asrama HAHAHAHAHAHA #fyp #fypシ #masukberanda ♬ original sound – patehahaha

@patehaaa_ Reply to @syairaira645 ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 250.9K tanda suka, 1351 komen dan 1113 perkongsian di applikasi TikTok.

Menijau di ruangan komen, rupa-rupanya disebalik telatah budak perempuan yang dikatakan ‘masuk air’ ini tersimpannya kisah sedih dimana insan yang berada di dalam video tersebut bukanlah ayahnya dan itu merupakan pakcik kepada budak perempuan ini.

Keluarga pakciknya itu menjaga budak perempuan ini daripada kecil sejak ibunya meninggal dunia.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Dalam masa yang sama, para netizen juga salute dengan sikap pakciknya itu yang sabar melayan karenah budak perempuan ini malah ada yang membezakan pakcik tersebut dengan ayah mereka.

Antara komen warga maya:

“bestnye dpt ayah mcmni, klau ayah aku mau kene tengking😌 ayah kita berbeda bestihh”

“kalau arwah ayh aku mau dia dukung aku kalau mcm ni gaya”

“Nak turun kereta pun riuh sekampung, harap family aku pun macam ni nanti, bahagia je nampak,”


“Form 5 tu kalau boleh orang dah turun maghrib kat surau baru nak sampai,”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)