“Maimunah ni la..” Hantar Tempahan Bouquet, Mak Selamba Minta Pokok Pelanggan

Menghias ruang rumah dengan pelbagai tanaman pokok semakin menjadi kegilaan ramai apatah lagi buat kaum ‘mak-mak’, pantang nampak pokok lawa mesti nak beli!

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki ingin menghantar pesanan ‘bunga duit’ kepada pelanggannya namun telatah ibunya yang selamba meminta pokok bunga di rumah pelanggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yusrimdradzhi, dia membawa ibunya untuk menemaninya menghantar pesanan tersebut di rumah pelanggan.

Namun tanpa disangka-sangka ibunya pula yang meminta ‘hadiah’ daripada pelanggan siap buat house tour lagi tengokk tanaman.

“Al kisahnya aku nak deliveri bouquet dekat rumah customer..mak aku dok perati rumah makcik ni banyak gila pokok lawa2 dan dengan tak malunya mak aku keluar kereta minta pokok kat makcik ni..”

“Weii aku jadi malu gila.. makcik ni siap suruh aku parking kat dalam rumah.. makcik ni pun masuk rumah ambil beg plastik nak boh pokok bagi kat mak aku”

“sementara tunggu penerima hadiah balik, mak aku dok acah datin melawat kawasan rumah orang..aku ni duduk dalam kereta tak sanggup nak hadap muka makcik ni.. Maluuuuuu”

“lepas bagi hadiah, mak aku still dok dapat ‘hadiah’ daripada makcik ni..”

Malah dalam masa yang sama, makcik tersebut siap pesan kepada ibu lelaki ini jika pokok yang diberi tidak hidup, datang semula ke rumahnya untuk mengambil pokok yang baharu.

BACA: “Asalkan mak bahagia” Demi Pokok Keladi, Dua Orang Mak Cik Ini Sanggup Berhimpit

“terima kasih makcik layan karenah mak saya yang terlalu diva ni..Sumpah lepas ni aku p delivery sorg ja..xsanggup bawak mak aku dah” tambah lelaki tersebut.

Video yang tular di laman TikTok:

@yusrimdradzhi Sumpah lepas ni aku p delivery sorg ja..xsanggup bawak mak aku dah😭😭 #fyp #mommylife #gilapokokatiati ♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 446.2K tontonan, 49.4K tanda suka, 1911 komen dan 1683 perkongsian di applikasi TikTok.

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat telah ibunya yang selamba meminta pokok bunga di rumah pelangan anaknya.