Simpati Pengemis Buta & Susah, Sekali Wanita Ini Dedahkan Kantoi Datang Dengan MPV

Tidak dapat dinafikan lagi peminta sedekah di negara ini sudah mula semakin ramai. Yang lebih mengecewakan netizen, mereka bukanlah meminta sedekah kerana betul-betul kesempitan hidup, namun didalangi oleh sindiket.

Bukan sahaja itu, netizen turut menganggap peminta sedekah ini mampu mengaburi mata orang ramai dengan cara mereka yang buat-buat susah, pura-pura cacat dan macam-macam lagi cara yang sanggup mereka buat demi menagih simpati orang ramai.

Baru-baru ini tular sebuah video yang menunjukkan sepasang peminta sedekah atau lebih singkat dipanggil pengemis, dilihat berlegar-legar di kawasan kedai makan.

Video yang menggunakan sound saspens itu akhirnya mempunyai plot twist yang tersendiri menyebabkan ramai netizen bengang dengan aktiviti mengemis tersebut!

Dalam video yang dikongsi, pengemis perempuan dilihat mengenakan tudung dan jubah sambil memegang bungkusan tisu paket sementara pengemis lelaki membawa tongkat orang buta sambil memegang bahu perempuan tersebut.

Tidak pasti lingkungan umur dan hubungan antara pasangan pengemis tersebut, namun mereka dilihat sangat meragukan sehingga perasaan ingin tahu perakam video ini, Wan Siti Sarah membuak-buak.

Oleh kerana diasak dengan perasaan ingin tahu yang tinggi, wanita tersebut pun mengekori pasangan pengemis tersebut.

Tekaan Wan Siti Sarah seolah-olah tepat. Pada akhir video tersebut, muncul sebuah kereta MPV berjenama negara yang ‘mengangkut’ pasangan pengemis ini.

Tak lama kemudian, mereka pun menaiki kenderaan tersebut dan beredar dari situ.

Bukan sahaja Wan Siti Sarah terkejut melihat kejadian tersebut, netizen yang menonton turut tidak sangka dengan plot twist video itu!

“Dah macam trend cepat kaya pulak” tulis wanita tersebut di ruangan kapsyen.

Ya lah, siapa tak kecewa? Kita niat baik nak menolong, mereka ambil kesempatan pula. Nak nak lagi orang Malaysia ni baik hati. Lagi senang lah mereka buat ‘kerja’.

Video tular tersebut kini sudah mencecah tontonan sebanyak 2.6 juta kali! Selain itu berjaya mengumpul 169 ribu tanda suka dan 16.4 ribu komen!

Video yang tular di laman TikTok

@wansitisarah11 Dh mcm trend cepat kaya plak 🕵🏻‍♂️🕵🏻#viral2022 ♬ Mission Impossible (Main Theme) – Favorite Movie Songs

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terbuka mata dan ingin lebih berhati-hati selepas ini jika didatangi pengemis. Selain itu, mereka turut memuji Wan Siti Sarah kerana berani menyiasat untuk merungkai kebenaran.

Antara komen-komen menarik di TikTok

“Yang tukang rakam ni layak join 999”

“Ada cara senang cari duit, susah-susah kerja buat apa?”


“Aku pernah nampak kes mcm ni tp naik pajero. Start dr tu aku bg tabung masjid jela”