iPhone 2018 Menyokong Fungsi Dua Sim

Walaupun teknologi dual-sim ini bukanlah sesuatu yang baru di dalam arena telefon pintar, Apple dilihat tidak pernah berminat untuk meletakkan fungsi ini di di dalam peranti iPhone mereka. Malah, sudah hampir 10 tahun teknologi ini diperkenalkan.

Nampaknya setelah bertahun lamanya ketinggalan, akhirnya Apple mungkin akan mula mengikuti jejak langkah Android dengan menghasilkan iPhone 2018 yang menyokong fungsi dual-sim ini.

Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan kemaskini iOS Beta yang terbaru daripada mereka.  Di dalam iOS 12 Beta 5, sokongan dual-sim ini diperlihatkan dalam satu barisan kod yang menyatakan status kad sim peranti tersebut dan juga menyatakan peranti iPhone yang menyokong fungsi dual-sim ini.

Jika ternyata benar iPhone 2018 boleh menggunakan dua sim kad, adakah anda akan berminat untuk mendapatkannya?