Samsung Hasilkan Smartphone Dengan Empat Kamera Utama – Samsung Galaxy A9

Samsung Galaxy A9 telah dilancarkan secara rasmi di acara Unpacked di ibu negara. Smartphone terbaru dari Samsung ini memberi fokus pada sokongan kameranya dimana terdapat 4 buah kamera utama yang disertakan pada Samsung Galaxy A9.

Spesifikasi

Galaxy A9 2019 dikuasakan dengan pemproses Snapdragon 710. Skrin pula bersaiz 6.3-inci SAMOLED QHD+.

Smartphone ini mempunyai memori sebesar 6 sehingga 8 GB dan storan sehingga 128GB. Seperti biasa, pengguna boleh menambah storan tambahan menggunakan kad mikro-SD sehingga 512GB.

Kamera

Empat kamera utama pada bahagian belakang Samsung Galaxy A9 adalah gabungan kamera dengan 24MP, 10MP, 8MP dan 5MP.

Keempat-empat kamera ini mempunyai fungsi yang berbeza di mana:

1. Kamera utama 24 Megapixel adalah untuk mod tangkapan biasa dengan aperture f/1,7

2. Kamera 10 Megapixel untuk zoom optikal 2X dengan aperture f/2.4

3. Kamera 8 Megapixel lensa wide-angle 120 aperture f/2.4

4. Kamera 5 Megapixel sensor kedalaman dengan aperture f/2.2.

Kamera selfie bahagian hadapan pula dikuasakan dengan sensor 24-Megapixel.

Harga

Harga Samsung Galaxy A9 di Malaysia masih belum diumumkan buat masa ini. Walaubagaimanapun dikatakan ia akan mula dijual pada pertengahan November di UK dengan harga £549 (~RM3,000)

[su_note note_color=”#d8d0c3″]Sumber Rujukan: Telegraph.co.uk[/su_note]