YouTube ‘Down’ di Seluruh Dunia!

Laman perkongsian video terkemuka, YouTube hari ini dilihat tidak dapat diakses oleh semua pengguna di seluruh dunia.

Berdasarkan pada pemerhatian kami sendiri, semua laman dan aplikasi Youtube tidak dapat diakses. Pasti ramai VLogger yang tidak senang duduk buat masa sekarang.

YouTube masih belum mengenal pasti masalah ini, tetapi mengakui di Twitter bahawa mereka sedang mengusahakan untuk menyelesaikan isu itu.

“Terima kasih atas laporan anda tentang isu akses YouTube, YouTube TV dan YouTube Music. Kami sedang berusaha menyelesaikan masalah ini dan akan memberitahu anda apabila sudah diperbaiki. Kami memohon maaf atas sebarang ketidakselesaan yang mungkin timbul dan akan memaklumkan kepada anda. “