Category Hiburan

[VIDEO] “Minta mandi jam 2 pagi & potong kuku” Menitis Air Mata Jihan dan Nabil di Meletop

Pada Isnin minggu lalu, berita pemergian pelawak popular Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih mesra disapa sebagai Abam Bocey sangat mengejutkan ramai pihak. Apatah lagi rakan terdekatnya yang turut terkejut dan merasa kehilangan Abam Bocey sehinggakan ramai selebriti terkenal tidak kira penyanyi mahupun pelakon atau pelawak berkongsikan kisah mereka bersama. Walau bagaimanapun, [...]

[FOTO] 16 Tahun Bersahabat, Zul Ariffin Bergegas Ke Jakarta Beri Penghormatan Terakhir Buat Ashraf Sinclair

Pelakon popular Zul Ariffin mengambil kesempatan bagi memberi penghormatan terakhir buat rakan baiknya Allahyarham Ashraf Sinclair yang meninggal dunia pagi tadi akibat serangan jantung. Menerusi Instastory miliknya, pelakon yang membintangi filem aksi J Retribusi bersama Allahyarham itu memuat naik beberapa gambar dalam perjalanan ke Jakarta sebelum tiba di tanah perkuburan San Diego Hills, Jawa Barat. [...]

[VIDEO] “Ashraf baik hati dan penderma tetap” Pengurus Yayasan Anak Yatim Dedah Amalan Ashraf Sinclair

Semasa hidupnya, Ashraf Sinclair dikenali sebagai seorang lelaki yang murah hati. Dia juga menjadi penderma tetap di Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman. Menurut Pengurus Yayasan Yatim Piatu Daarul Rahman, H Ahmad Habib, ketika ditemui di rumah pengebumian, dia dan anak-anak yatim piatu yang lainnya merasa sangat kehilangan sosok Ashraf Sinclair. Mereka masih lagi tidak mempercayai [...]

[VIDEO] “Sedih tgk Bunga Citra Lestari” Netizen Turut Bersedih Lihat BCL Sembab di Sisi Jenazah

Setiap pasangan yang berumah tangga impikan kebahagiaan dan hidup hingga ke tua. Jadi, memang tak boleh nak bayang perasaan Bunga Citra Lestari bila suaminya yang baru menginjak usia 40 tahun ini pergi secara mendadak. Tambah menyedihkan lagi, malam semalam semasa menjadi juri di rancangan realiti TV Indonesia, BCL sempat menyanyikan lagu Soulmate dendangan Kahitna tanpa [...]

[FOTO] Sempat Ziarah Adik & Yuna di Amerika, Percutian Terakhir Ashraf Sinclair Dengan Isteri

Kunjungan Ashraf Sinclair dan  isteri tercinta, Bunga Citra Lestari ke Amerika Syarikat merupakan percutian bersama terakhir pelakon terkenal Malaysia yang popular di Indonesia,  sebelum aktor tersebut meninggal dunia. Berusia 40 tahun, Ashraf disahkan meninggal dunia kira-kira 4.15 pagi di Jakarta. Ashraf dan Bunga Citra Lestari dilaporkan berkunjung ke negara Uncle Sam itu kira-kira minggu lepas [...]

[VIDEO] Baru Berusia 11 Tahun, Isya Nyanyi Lagu Rap Khas Untuk Abam Jadi Perhatian

Meski sudah enam hari pelawak Abam Bocey meninggal dunia, namun, jasa dan namanya masih diperkatakan ramai. Mana tidaknya, setiap perkara yang dilakukan arwah sudah cukup membuatkan orang ramai terkesan dengan amalan kebaikannya bersama keluarga, sahabat, anak yatim, peminat dan sesiapa yang mengenalinya. Terbaru, seorang kanak-kanak perempuan dikenali sebagai Irysya Asyreena atau mesra disapa Isya telah menyanyikan [...]