[VIDEO] “Hadap game macam nak mati esok” 1 Malaysia Dengar Johan Kena Marah Dengan Isteri

Seperti yang semua sedia maklum, pasangan Johan Raja Lawak dan Ozlynn antara pasangan artis yang diminati ramai.

Pasangan ini aktif di laman sosial Instagram dan mereka sering berkongsi momen bahagia bersama 5 orang anak mereka.

Johan kena marah sebab asyik main game

Namun begitu, sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Terbaru satu video tular Johan dimarahi oleh isterinya kerana bermain game.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Khairul Anuar di Twitter, ketika itu Johan dikatakan sedang leka bermain live streaming game di Facebook.

Ozlynn membebel masa Johan tengan live stream main FIFA

Kedengaran suara Ozlynn yang naik darah dan membebel kepada Johan kerana suaminya itu asyik bermain game.

 Game bola FIFA Johan tiba-tiba terganggu apabila suara Ozlynn yang nyaring masuk ke dalam siaran live Johan.

Johan terlalu leka bermain game

Ozlynn dikatakan membebel kepada suaminya itu yang terlalu leka bermain game bagaikan tiada hari esok.

Namun, Johan kemudian turut membalas mengatakan itu adalah game terakhirnya.

Tambahan pula, Ozlynn dikatakan sudah menunggu lama si suaminya dan sudah diberi peringatan sebelum itu namun Johan seperti tidak mengendahkannya.

Selain itu, permainan yang berlanjutan sehingga lewat malam membuatkan Johan dikatakan susah bangun awal pagi untuk solat Subuh.

Ekoran penularan video tersebut, video itu telah mendapat lebih 2 ribu perkongsian dan lebih 1 ribu likes.

Rata-rata pengguna laman sosial itu yang turut terhibur dengan Johan yang teruk dibebel oleh isterinya.