“Kami dah bawa haluan masing-masing” Hana Azraa Dedah Perkahwinan Dengan PU Abu Akan Berakhir

SUSULAN kontroversi dan dakwaan pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Abu berlaku curang pada Januari lalu, perkahwinannya dan Hana Azraa semakin berantakan. Selepas selamat melahirkan cahaya mata pertama dengan pendakwah itu pada 1 Februari lalu, Hana pada Khamis mendedahkan rumah tangga yang dibina kira-kira hampir setahun itu sudah berada di hujung tanduk. Menurut Hana, dia sudah nekad untuk mencari haluan masing-masing. [...]

Isteri kepada bekas peserta Pencetus Ummah PU Abu iaitu Han Azra baru saja melahirkan cahaya mata pertama pada 1 Februari lepas.

Namun begitu, Hana mendedahkan rumah tangga yang dibina kira-kira hampir setahun itu sudah berada di hujung tanduk pada Khamis .

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya, Hana menjawab soalan dari pengikutnya dan mengesahkan sudah membawa haluan masing-masing.

“Kami dah bawa haluan masing-masing”

Malah, menerusi laporan dari mStar, Hana juga mengesahkan perkara tersebut dengan memberitahu  sedang fokus urusan penceraian di mahkamah.

“Ya… memang kami sudah buat haluan masing-masing dan sekarang ni nak fokus urusan perceraian di mahkamah.”

Namun begitu Hana tidak boleh menceritakan apa yang sebenarnya berlaku di dalam rumahtangganya.

Dia menganggap apa yang sudah berlaku biarkan saja berlalu.

“Apa yang terjadi dalam rumah tangga kami saya tak boleh cerita. Apa yang sudah lepas itu biarlah berlalu.”

Baginya cukuplah segala-galanya dia dan keluarganya sahaja yang tahu.

“Cukuplah semuanya hanya saya dan keluarga sahaja yang tahu,”

Walau bagaimanapun, Hana memberitahu keputusan untuk berpisah dengan PU Abu itu dibuat selepas berbincang secara baik di antara dua pihak.

Sebelum ini, Hana ada mendedahkan PU Abu mempunyai kekasih hati yang lain dengan memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di laman Instagram miliknya.

Di dalam perkongsian itu, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.

“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Namun begitu, PU Abu pantas menidakkan perkara itu dan menyatakan hanya salah faham di antara mereka berdua.

BACA: Pu Abu Kata Hanya Salah Faham Emosi Wanita Hamil, Ini Jawapan Hana Azra Pula

Terdahulu, Abu menjadi bualan netizen apabila dia meninggalkan bekas isterinya yang sedang sarat mengandung, Ain Afini demi Hana Azraa.