[VIDEO] “Jika hari ini hari terakhir saya…….” Pesanan Terakhir Abam Bocey

Pemergian pelawak popular Allahyarham Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan, 32 masih dirasai oleh semua peminat dan rakan-rakan artis.

Ramai yang berkongsi momen indah mereka bersama Allahyarham Abam Bocey semasa hayatnya.

Ramai yang mencemburui pemergiannya

Selain itu, ramai yang mencemburui pemergiannya yang disifatkan sebagai seorang anak yang baik kepada keluarga dan semua orang.

Sementara itu, pendakwah bebas saudara Ebit Lew turut berkongsi video ketika bersama Allahyarham di salah satu rancangan.

Muliakan Abam kerana mencintai dan memuliakan ibunya

Menerusi video tersebut, terpancar kebaikan dan keikhlasan dalam setiap butir kata yang keluar dari mulut Allahyarham Abam Bocey.

 

View this post on Instagram

 

Sebak masa tanya pada Abam masa tu. Jika hari ini hari terakhir. Kadang bila ingat saat terakhir kita akan cakap nasihat yang amat penting dan ikhlas. Beliau orang baik. . Uwais Qarni disebut Nabi saw kuat khidmat ibunya dan makbul doanya. Sehingga sahabat rhum yang teramat mulia diperintah Nabi saw untuk cari Uwais rah dan minta doa darinya. . Begitulah hari ini Allah muliakan abam kerana mencintai dan memuliakan ibunya. Ibubapa kita syurga untuk kita. Syukur hari ini Allah beri contoh orang yang menyenangkan hati ibunya dan membantu semua adik beradik. Allahuakbar. Semoga berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada diriku ini dan kami semua. Berilah kami dapat khidmat mak ayah kami . Semoga video ini jadi asbab kebaikan dan pahala buatnya. Ilmu yang bermanfaat akan kekal walau seseorang itu telah pergi. Boleh dengar nasihat penuhnya di youtube ebit lew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

“Sebak masa tanya pada Abam masa tu. Jika hari ini hari terakhir. Kadang bila ingat saat terakhir kita akan cakap nasihat yang amat penting dan ikhlas”.

Beliau orang baik

“Uwais Qarni disebut Nabi saw kuat khidmat ibunya dan makbul doanya. Sehingga sahabat rhum yang teramat mulia diperintah Nabi saw untuk cari Uwais rah dan minta doa darinya”.

“Begitulah hari ini Allah muliakan abam kerana mencintai dan memuliakan ibunya. Ibubapa kita syurga untuk kita”.

Menyenangkan hati ibunya dan membantu semua adik beradik 

“Syukur hari ini Allah beri contoh orang yang menyenangkan hati ibunya dan membantu semua adik beradik. Allahuakbar”.

“Semoga berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada diriku ini dan kami semua. Berilah kami dapat khidmat mak ayah kami”.

Ilmu yang bermanfaat akan kekal walau seseorang itu telah pergi 

“Semoga video ini jadi asbab kebaikan dan pahala buatnya. Ilmu yang bermanfaat akan kekal walau seseorang itu telah pergi”.

Sementara itu, Allahyarham Abam Bocey dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki,

Mereka menamakan anak mereka Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, yang kini berumur 5 bulan.