“Hampir seminggu, nama Abam masih meniti di bibir” Ini Jawapan Mufti Wilayah Persekutuan

Pemergian pelawak terkenal negara, Allahyarham Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan atau lebih dikenali dengan Abam Bocey turut mendapat sanjungan ahli agama.

Menerusi laman Twitter, Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri  telah memuat naik satu nukilan khas dari beliau buat Allahyarham Abam

Satu hari nanti anakanda Syed Uthman terbaca nukilan ini

“Mungkin jika satu hari nanti anakanda Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey terbaca nukilan ini, ketahuilah bahawa ayahandamu seorang yang baik dan disenangi semua orang,” tulis beliau.

“Saya tidaklah mengenali Abam Bocey secara dekat. Cuma sempat beberapa kali menonton jenakanya di kaca televisyen”, ujar beliau.

Beliau mempunyai bakat membuat lawak yang semulajadi

“Beliau memang mempunyai bakat membuat lawak yang semulajadi. Itulah antara anugerah Allah SWT kepada beliau”.

“Mungkin ramai juga yang tertanya-tanya. Walaupun sudah hampir seminggu kematiannya, nama Abam masih lagi meniti di bibir-bibir orang ramai”.

Petanda kematian dan penamat yang baik

“Mengapa boleh jadi sedemikian rupa? Adakah kerana kemasyhurannya? Atau kerana lawaknya yang sentiasa diingati?.

“Bagi saya, bilamana kematiannya sentiasa disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah)”.

“Seperkara lagi, solat jenazahnya dihadiri oleh ramai orang. Ini jua menunjukkan petanda husnul khatimah”.

Betapa indahnya percaturan Allah Swt

“Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Tidaklah seorang Muslim meninggal kemudian disolatkan jenazahnya oleh 40 orang yang tidak menyekutukan Allah”.

“Betapa indahnya percaturan Allah SWT. Dengan pemergian seorang pelawak terkenal yang mungkin tidak kita ketahui peribadinya selama ini melainkan jenakanya, Allah zahirkan satu-persatu kebaikannya dan menjadi pujian ramai orang”.

“Harapan kami agar semua dari kita tanpa mengira apa jua latarbelakang sekalipun, berpegang dengan satu slogan”.

Buatlah baik sebanyak mungkin

“Buatlah baik sebanyak mungkin dan jangan sekali-kali melakukan kejahatan.”

Menerusi kiriman tersebut, beliau mengaitkan pemergian arwah Abam dengan sebagai tanda pengakhiran perjalanan yang baik.

Kerana kesibukan jadual ceramah yang padat, beliau masih tidak berkesempatan untuk menziarahi Allahyarham.

Kebaikan Allahyarham tidak lekang dibibir orang ramai

Namun begitu, menurut Dr Zulkifli mendakwa sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan jenazah Abam di media sosial.

Sudah hampir seminggu pemergian Allahyarham Abam, namun namanya tidak lekang dari bibir orang ramai.

Hal ini turut diperakui Dr Zulkifli sendiri sekaligus menyatakan ia adalah merupakan tanda penamat yang baik buat arwah.

Petanda husnul khatimah

Selain itu, beliau turut mengepilkan sebuah kisah pada zaman Rasulullah s.a.w mengenai jenazah yang meninggal dunia dalam husnul khatimah.

Sementara itu menurut beliau lagi, kehadiran ramai orang yang datang untuk solat jenazah Allahyarham juga adalah petanda husnul khatimah.

Semoga kita semua dapat menjadikan Allahyarham Abam Bocey inspirasi dan contoh dalam kehidupan seharian.