“Dikala berduka, Dia beri kegembiraan buat kami sekeluarga” Ali Sebak Isteri Disahkan Hamil

Sekitar 3 bulan lalu, Ali Puteh yang baru sahaja kehilangan seorang anak dan 3 hari lepas satu lagi berita sedih apabila abang beliau pula mengikut jejak anaknya.

Kehilangan yang besar secara berturutan bukanlah satu ujian yang mudah untuk diharungi. Lebih-lebih lagi diuji kehilangan ahli keluarga sendiri.

Tunaikan hajat arwah Abam

Sebelum ini, Ali sempat berkongsi menunaikan hajat arwah Abam Bocey yang mahu mengadakan makan-makan besar bersama.

Beliau menunaikan menu yang dihajati arwah seperti siput sedut lemak dan sotong sambal seperti yang diminta arwah sebelum ini.

Sementara itu, menerusi Astro Gempak Ali Puteh telah mengkhabarkan satu berita gembira walaupun beliau masih dalam keadaan berduka dengan kehilangan abang tersayang.

Ali berkongsi berita gembira isterinya hamil 6 minggu

Khabar gembira itu selepas isterinya, Melati Fitri telah hamil lagi selepas anak kedua mereka Sharifah Nur Ainul Mardhiah meninggal dunia kira-kira 3 bulan lalu.

“Syukur pada mu Ya Allah, sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang…Hanya itu yang mampu saya ungkapkan buat masa ini.

Dikala sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga

“Di kala saya sedang berduka, Dia berikan kegembiraan buat kami sekeluarga.”

Mengulas lanjut mengenai berita itu, beliau berkata akan pergi ke klinik berhampiran untuk  membuat pengesahan.

“InsyaAllah, kami akan pergi ke klinik dan jalani pemeriksaan macam ibu hamil lain”.

Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami sekeluarga

“Cuma bezanya kali ini, mungkin isteri akan diberikan lebih perhatian kerana pernah ada ‘history’ (anak mengalami jantung berlubang)”.

 

View this post on Instagram

 

Rindu lah dekat kesayangan walid ni..bile nk balik ni…hihihi @melatifitri_ @aaira_qaireen

A post shared by @syedaliputeh 163K ACC HACKED (@aliputeh89) on

“Apa pun terima kasih kepada anda semua yang telah banyak mendoakan kami sekeluarga, hanya Allah SWT yang dapat membalasnya”.

“Cuma, kalau arwah Abam ada dia pasti sangat gembira dan teruja,” ujarnya dalam keadaan sebak.

Ali kehilangan puteri keduanya kerana masalah jantung

Pada 26 November tahun lalu, Ali telah kehilangan puteri keduanya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah yang disahkan meninggal dunia kerana jantung berlubang dan mengalami masalah injap jantung terbalik.

Adik Ainul meninggal dunia selepas 17 hari dirawat di hospital dan menghembuskan nafas terakhir pada usia 3 bulan.

Selain Ainul, hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Ali mempunyai seorang lagi anak perempuan berusia tiga tahun, Sharifah Nur Aaira Qaireen.