“Auto suka balik kampung” Nenek Makeover Ruang Tamu Jadi Kolam Mini Demi Cucu Kesayangan

Anak-anak zaman kini lebih menghabiskan masa dengan gadget sehinggakan ibu bapa sendiri tidak tahu bagaimana hendak menghadkan pengurangan penggunaan gadget sehinggakan ada ibu bapa yang buat ‘prank’ hitamkan mata anak dengan makeup dan banyak lagi.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana nenek ini mendapat satu idea untuk membuat ‘sesuatu’ yang dapat menarik minat cucunya sehinggakan boleh terlupa akan gadget mencuri perhatian ramai.

Tidak dinafikan, Waktu bermain merupakan waktu yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak. Manakan tidak, masa ini lah mereka boleh cipta pelbagai kenangan sewaktu kecilkerana sememangnya memori terindah tidak mempunyai tarikh luput.

Oleh itu, Nenek ini nekad untuk makeover ruang tamu di rumahnya untuk membuat mini kolam buat cucu-cucu kesayangannya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @_ciknanaa, kelihatan sekumpulan budak kecil berada di depan TV di rumah nenek mereka.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila nenek dilihat mengambil inisiatif untuk makeover ruang tamunya kepada kolam mini. Malah, cucu-cucunya juga dilihat sangat gembira dapat berenang dan bermain dalam kolam mini tersebut.

Dapat juga kita lihat kolam tersebut akan berubah menjadi ruang tamu semula dan boleh baring sambil menonton TV setelah air disalurkan keluar.

Malah air yang disalurkan keluar itu juga boleh dijadikan untuk menyiram tanaman bagi mengelakkan pembaziran.

Video yang tular di laman TikTok:

@_ciknanaa Mil aku punya idea, dalam rumah dia buat pool 😂. #batupahat #johor ♬ Sugar Baby – L-Baby

@_ciknanaa Balas kepada @axisrubybot ♬ bunyi asal – _CikNanaa

@_ciknanaa Balas kepada @lunajackss ♬ bunyi asal – _CikNanaa

@_ciknanaa Balas kepada @dwflyi ♬ bunyi asal – _CikNanaa

@_ciknanaa Untuk cucu jer, so air pun gitu jela🥰 #batupahat #johor ♬ bunyi asal – _CikNanaa

@_ciknanaa Memang berlecak, tapi nenek and cik atin dorang gigih nak mengemas. Sebelum buat dorang memang dah sedia dari semua sudut🥰✌🏻. #batupahat #johor ♬ bunyi asal – _CikNanaa

@_ciknanaa Kolam budak jer😅✌🏻 #batupahat #johor ♬ Cinta Pertama – Welcome Ezal

@_ciknanaa Sentiasa ada orang dewasa teman, and pool comel ni tak open 24jam. Open bila cucu teringin nak mandi jer😁. #batupahat #johor ♬ Ada Uang Abang Ku Sayang Aca Aca Nehi Nehi – Herry k

@_ciknanaa Mil kita memang seorang kelakar, ada jer idea pelik dia. Tengok kat kepala tu, dia pakai konon nak takut kan cucu. Tapi maaf cucu tak takut🤣. #johor ♬ bunyi asal – _CikNanaa

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen teruja melihat kolam mini yang berada di ruang tamu tersebut malah dalam masa yang sama netizen juga akui cara ini akan membuatkan anak-anak tidak terlampau berkepit dengan gadget.

“Kalau musim panas bukan cucu je dalam tu, semua orang duduk dalam tu” – Netizen

Antara komen warga maya: