“Senyum lebar member naik darat” Ikan ‘Tersenyum’ Dengan Gigi Cantik Jadi Perhatian

Aktiviti memancing merupakan salah satu aktiviti yang menenangkan. Oleh itu, sdah pasti mereka akan fokus kepada pemilihan lokasi yang bersesuaian.

Selain menjadi kepuasaan kepada para pemancing setelah mendapat hasil tangkapan, mereka juga dapat menikmati keindahan alam semula jadi tidak kiralah di sungai mahupun di lautan.

Ada yang menjadikan aktiviti memancing ini salah satu daripada hobi mereka untu menghilangkan bosan tatkala waktu lapang dan ada juga yang memancing untuk mencari rezeki.

Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana terdapat ‘sesuatu’ di dalam mulut seekor ikan yang dipegang oleh seorang individu telah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @aliffadnn, memaparkan seekor ikan seakan tersenyum dengan gigi.

Gigi tersebut pula nampak macam gigi palsu membuatkan ramai terhibur menyaksikan rakaman pendek berdurasi 11 saat ini.

Video yang tular di laman TikTok:

@aliffadnn Gigi sapa dia rembat waknatt 😂 #fyp #imaddictedto #ikutanyangviral #fypシ゚viral ♬ original sound – aliff adnan

Ketika artikel ini ditulis, video tersbeut telah meraih 468.9K tontonan, 60.6K tanda suka, 2579 komen dan 4106 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat ikan yang naik ke darat dengan membawa gigi yang penuh apatah lagi bila ianya terletak elok di dalam mulut ikan tersebut sehinggakan ikan itu kelihatan mempunyai gigi tersendiri.

Bukan itu sahaja, malah netizen juga hairan bagaimana kah gigi tersebut boleh berada di dalam mulut ikan itu dan mereka sempat berseloroh mengatkan senyuman ikan tersebut sangatlah manis dan mengatakan ianya merupakan duta Colgate yang hilang satu ketika dulu.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Senyum lebar member naik darat”

“Senyum lebar betul dia boleh terbang ke darat”

“Nih kan sebenarnya duta colgate dulu2. Dia yang dok sengih2 ngan colgate tapi disebabkan dunia makin moden, dia nih kena buang”

“Senyuman ikan lebih manis daripada senyuman seorang wanita”