“Meriah laki bini ni” Panggil Suami Balik Rumah, Voice Note Isteri Buat Netizen Terhibur

Gurauan dalam perhubungan suami isteri nyata membuatkan hdiup lebih ceria dan bermakna bahkan gurauan tersebut juga lah yang akan mengeratkan lagi sesebuah hubungan.

Apatah lagi jika mempunyai anak, ada sahaja telatahnya yang nak ‘join’ ibu dan ayah bergurau sehinggakan tidak kering gusi kita melihatnya.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang wanita menyuruh suaminya balik dengan berbalas voice note telah menimbulkan dekah ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @itsfynaaaa, kelihatan wanita itu menghantar beberapa voice note melalui WhatsApp kepada suaminya yang sedang melepak di luar.

Manakan tidak, katanya pergi keluar sebentar sahaja namun rupa-rupanya lama dan sang isteri meminta suaminya pulang ke rumah dalam masa 10 minit.

Namun, apa yang menghiburkan adalah apabila loghat Kedah mereka sangat pekat dan cara suami isteri itu berbalas voice note seperti sedang bergurau.

Tidak cukup dengan itu, wanita itu sempat menghantar video anak mereka yang konon ingin memarahi si suami. Kemudian, suaminya membalas pula dengan bahasa bayi yang tidak dapat difahami.

Video yang tular di laman TikTok:

@itsfynaaaa Panggil Laki balik rumah..lepak pa lama2🤣 @its_pakdho ..#fypdongggggggg #sygkamu #fypシ゚viral🖤tiktok☆♡🦋myvideo ♬ original sound – FynaBlynd❤️

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.2M tontonan, 76.3K tanda suka, 1741 komen dan 5592 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut terhibur dengan gelagat ‘masuk air’ laki bini ini malah ada telatah comel anaknya juga nyata membuatkan ramai yang ‘geram’.

“Opening je dah lawak, hahaha aku penat nak gelak” – Netizen

Bukan itu saja, para netizen juga berdekah mendengar bahasa ‘pak dan anak’ yang susah untuk difahami itu. Hanya dia dan anak sahaja faham apa maksudnya.

Beirkut merupakan komen warga maya:

“meriah dua laki bini’

“bahasa pak ngan anak.”

“Baik balik sebelum aku naik hantu!”


“tolong laa aku penat nak gelakkk”

“haaa ketik ketak ketuuu”

“semoga bahagia selalu!”

“tak larat ulang la”

“terus gelak bila dengar imaddictedketu”

“tetap lawan.. kecuali bini panggil”