Anak ‘Berkepit’ Dengan Gadget, Ibu ‘Prank’ Conteng Warna Hitam Dekat Kelopak Mata Anak Berhasil!

Kanak-kanak zaman sekarang kebanyakannya sudah awal lagi terdedah dengan telefon bimbit.

Seawal usia 3 hingga 6, mereka tahun sudah pandai melayari laman web Youtube untuk menonton video kesukaan mereka contohnya, kartun, animasi, permainan dan sebagainya.

Senang cerita, mereka ni memang tak boleh berpisah dengan gadget. Sebab itu lah ada yang mengamuk jika telefon dirampas oleh ibu bapa mereka.

Tidak dinafikan, ada baiknya menggunakan gadget namun harus kita ingat, penggunaan gadget yang terlampau juga dapat memberi impak negatif pada anak.

Sehinggakan terkadang para ibu sudah buntu bagaimana untuk buat anak kurang untuk menghadap gadget.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana , seorang ibu terpaksa melakukan ‘prank’ terhadap dua orang cahaya matanya agar mereka tidak lagi bermain telefon bimbit.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @atikahhaimi, dia terpaksa mewarnakan kelopak mata anak-anaknya dengan warna hitam agar mereka berasa takut dan tidak mahu bermain telefon lagi.

Dia bertindak melakukan perkara tersebut untuk memberi pengajaran kepada anaknya kerana sudah beberapa kali menegur supaya menghadkan penggunaan telefon sewaktu di rumah dan difahamkan dia melakukan ‘prank’ tersebut sewaktu kedua-dua anaknya sedang tidur.

Apa yang lebih lucu adalah, anaknya kelihatan terkejut melihat mata mereka jyang kehitaman sehinggakan anak lelakinya bersembunyi di bawah selimut sebaik melihat kelopak matanya sendiri.

Bercerita lanjut, Pn Atikah akui prank tersebut benar-benar berkesan sehinggakan anak mereka tidak mahu untuk bermain gadget lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@atikahhaimi Hahahahahahaha 🤣🤣🤣 #fyp #tiktokmalaysia #fypdongggggggg ♬ ANAK KAU MAIN HP – UWAIS & JUWITA 🤍

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 283.5K tontonan, 6752 tanda suka, 56 komen dan 96 perkongsian di applikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat idea kreatif Pn Atikah semata-mata demi kebaikan anaknya yang kerap menghabiskan masa dengan gadget.

Bukan itu sahaja malah para netizen juga turut menyimpan hasrat untuk melakukan prank tersebut kepada anak mereka ekoran kerap bermain telefon bimbit.

Berikut merupakan komen warga maya: