“Ya, memang kereta saya yang..” – Shuib Sepahtu

Menerusi laman Instagram, Shuib Sepahtu telah memuat naik sekeping gambar bersama isterinya Siti Sarah dihadapan sebuah kereta jenis Ford.

Sebelum ini, pelbagai spekulasi yang timbul apabila kereta jenis Ford itu menjadi salah satu kenderaan dalam puluhan kereta mewah yang disita oleh pihak berkuasa terbabit.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah 🤲🥰 . . . @sitisarahraissuddin @bubblebeemalaysia_hq #14102020 #BubbleBee #FordRanger

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Ya, memang kereta saya yang tular itu

Menerusi laporan Harian Metro, pelawak ini turut mengakui kereta tersebut merupakan kereta yang tular sebelum ini.

“Ya, memang kereta saya yang tular itu,” kata pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu yang mengaku mengenai status keretanya selepas disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), baru-baru ini.

 

View this post on Instagram

 

Alhamdulillah syukur …kami dipanggil hanya untuk memberi kerjasama dan menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat malaysia @shuibsepahtu

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin) on

Alhamdullillah, saya dah dapat semula kerena ini

Menurut Shuib, apa yang pasti menjadi kewajipannya untuk memberi kerjasama sebaik mungkin dalam siasatan berkenaan. Namun, dia bersyukur kereta terbabit sudah dikembalikan padanya.

“Alhamdulillah, saya dah dapat semula kereta ini. Syukur sangat, ia sudah dikembalikan pada saya”.

 

View this post on Instagram

 

Sabar ye sayang,,,InsyaAllah semuanya akan ok nanti 🥰 @sitisarahraissuddin #SalamJumaat

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Memang saya tahu, pelbagai fitnah dilemparkan di media sosial

“Memang saya tahu, pelbagai fitnah sudah dilemparkan di media sosial buat masa ini” ujar pelawak ini lagi.

“Bagaimanapun, saya perlu menghormati pihak berkuasa yang masih menjalankan siasatan,” katanya ringkas.

Pelawak kegemaran ramai ini menjelaskan beliau kini tetap cekal memberi fokus untuk kerjaya seninya dan perniagaan diceburi.

Siti Sarah setia disamping suaminya

Apa yang paling menarik perhatian adalah isteri tercinta Shuib iaitu penyanyi Siti Sarah yang sentiasa bersamanya memberikan kata semangat dan doa berterusan.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen mengharapkan semoga Shuib terus tabah berhadapan dugaan yang dialami dan memberikan kata-kata semangat kepada pelawak itu.