“Terima kasih sebar dan fitnah saya..” Shuib Sepahtu Muatnaik Foto Kereta Buat Netizen Terdiam

Selebriti popular Shuib Sepahtu hari ini telah memuat naik fotonya dan isteri, Siti Sarah bersama kereta Ford Ranger miliknya.

Menerusi perkongsian di laman Instagram itu, Shuib meluahkan rasa syukur dengan menulis kapsyen ‘Alhamdulillah’.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa syukur setelah spekulasi mengenai keretanya disita SPRM akhirnya terjawab.

Namun begitu menerusi ruangan komen, terdapat perbalahan pendapat di antara netizen yang sangsi dengan muatnaik tersebut hingga menyebabkan Shuib membalas komen.

“Mana ke yang ramai-ramai tanya Ford Ranger tu”

 

“Sebab dapat sumber dari Facebook”


“Terima kasih sebab banyak sebar dan fitnah saya. Saya doakan semoga awak diberkati dan dirahmati selalu. Amin.”

 

Sebelum ini, media melaporkan tular beberapa keping foto kenderaan mewah dipercayai milik pelawak dan penyampai radio, Shuib disita Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Walaupun tiada perincian lanjut, namun ramai netizen berspekulasi menerusi Twitter mendakwa kenderaan berkenaan yang disita dipercayai berkait rapat dengan siasatan terhadap kes pengubahan wang haram dan sindiket Macau Scam.

Shuib menerusi Instastory memuat naik status berbunyi: “Sabar wahai hati. Allah SWT sentiasa ada.”

Sementara itu, isteri Shuib, Siti Sarah Raissuddin memuat naik status di Instastory: “Allah tak pernah tidur.”

Khamis lalu, Siti Sarah menemani suaminya, Shuib hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya.

Pasangan selebriti itu dipanggil bagi membantu siasatan dipercayai berkaitan kes pengubahan wang haram.

Media turut melaporkan, SPRM telah membekukan kira-kira 750 akaun milik ahli sindiket Macau Scam dan perjudian melibatkan nilai RM75 juta.

Dalam pada itu, SPRM turut menyita rumah serta 24 kereta mewah milik lapan individu yang ditahan baru-baru ini termasuk lima daripadanya milik seorang lelaki bergelar datuk.