“Sekarang, saya dah tahu kebenaran” – Hidayah Abam

Pada 15 Julai lalu, isteri kepada Allahyarham Abam iaitu Siti Norhidayah Mohd Ali telah berpuas hati dengan keputusan tuntutan faraid yang difailkannya pada 15 Julai lalu.

“Alhamdulillah dah selesai urusan faraid. Pihak sana (mak mentua) pun akan dapat bahagian mengikut hkum. Saya berpuas hati dengan keputusan mahkamah”. 

Hidayah luah rasa syukur dipermudahkan urusannya

Menerusi satu posting di laman Instagram, Hidayah meluahkan rasa syukur kerana Allah telah mempermudahkan urusannya.

Jelasnya lagi, dia sudah mengetahui segala kebenaran mengenai konflik yang berlaku sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 🇲🇾Syed Uthman Hamzah🇲🇾 (@abam_bocik) on

Terima kasih kepada semua yang membantu dan beri kerjasama 

“Di hari Jumaat yang mulia ini, Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan saya”.

“Sekarang saya sudah tahu kebenaran, terima kasih kepada semua yang membantu dan memberi kerjasama kepada saya”.

 

View this post on Instagram

 

Semoga dipermudahkan urusan hari ini.. #kitabaikramaisayang #syeduthmanhamzahaljuffrey

A post shared by hidayah_ (@hidayah_abam) on

Hidayah berpuas hati dengan keputusan faraid

Hidayah turut memanjatkan syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa membantu dan memberi kerjasama kepadanya.

Mahkamah tetapkan pembahagian harta berdasarkan syarak

Jelas Hidayah lagi, pihak mahkamah menetapkan pembahagian berdasarkan syarak yang membabitkan rumah, kereta dan barang peribadi milik arwah.

Selain itu, Hidayah memberitahu bahawa mahkamah menetapkan tarikh bulan ini berhubung tuntutan hadanah.

Ini berikutan kegagalan pihak mak mentuanya, Sabariah Arshad untuk hadir ke mahkamah.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyokong Hidayah dan meninggalkan kata-kata semangat buatnya dan Hamzah.