Connect with us

Viral

“Lama tak merasa” Abang Rider Seronok Main Buai, Komen Netizen Buat Ramai Terhibur


Jika di imbas kembali zaman ‘childhood’ kita dahulu, pasti ramai diantara kita yang teruja apabila dapat pergi ke taman mainan bersama ibu bapa ataupun rakan-rakan.

Ada yang sampai mengayuh basikal ‘konvoi’ beramai-ramai ke taman permainan sama ada ingin bermainan bola mahupun erg bermainan mainan yang disediakan di taman seperti gelongsong, ‘monkey bar’ dan juga yang paling ‘famous’ adalah buaian.

Terngiang-ngiang lagi di ingatan ayat ‘siapa cepat dia dapat’ kerana ada yang sampai bergaduh kerana berebut untuk bermain buaian.


Namun lain pula ceritanya dengan kisah kali ini dimana seorang abang rider main buaian di taman permainan telah mencuri tumpuan ramai.



Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @, kelihatan seorang abang Food Panda sedang ‘asyik’ bermain buaian di taman permainan.

Dia kelihatan seperti kanak-kanak riang yang lama tidak bermain buaian. Rakan-rakannya yang lain hanya tergelak sambil merakam aksi lucu itu.

Bukan itu sahaja malah dia juga kelihatan sedang bermain jongkang-jongkit bersama rakannya yang pada ketika itu hanya melayan sahaja karenah rider itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@jamielau7♬ original sound – Jamie Lau

@jamielau7♬ original sound – Abhijeet kasare

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.7M tontonan, 170.5K tanda suka, 4971 komen dan 402 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan gelagat lucu abang rider yang selamba bermain buaian bahkan reaksi wajahnya yang gembira itu juga membuatkan orang ramai rindu akan suasana sewaktu kecil.

“Patutlah makanan aku lambat sampai, oh ni rupanya” – Netizen

Dalam masa yang sama, para netizen juga berseloroh menatakan bahawa ini merupakan penyebab makanan yang dipesan secara atas talian lambat tiba pada pelanggan.

Berikut merupakan komen warga maya:


Best pula tengok abang rider ni main buaian seolah-olah hilang sekejap segala masalah dunia. Semoga sihat selalu dan jangan lupa hantar order ye! kikiki

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)