“Jodoh dengan anaknya tak lama tapi,” Tumpang Kasih Ibu Mertua, Wanita Yatim Piatu Undang Sebak Ramai

Apabila berbicara mengenai hubungan dengan ibu mertua pasti ramai perempuan di luar sana baik yang sudah bernikah mahupun yang masih single gerun. Mereka sering terbayangkan mertua yang garang, tegas, kuat berleter dan sebagainya.

Jadi, untuk menambahkan kenyakinan kepada perempuan di luar sana yang belum berkahwin, bukan semua ibu mertua bersikap sedemikian, malah ada juga yang menyayangi menantu mereka lebih daripada anak mereka sendiri.

Persis seperti kisah yang dikongsikan oleh wanita bernama Zara Aisyah ini dimana walaupun sudah berpisah dengan si bekas suami, namun hubungan antara dirinya dengan ibu mertua masih kekal dan baik!

Menurut wanita yang mempunyai darah campuran itu, dia merupakan anak ayam piatu. Oleh itu, ibu mertuanya lah yang sering dijadikan tempat mengadu.

Maka tak hairanlah jika wanita itu memberikan kejutan hadiah kepada ibu mertuanya.

Selain dilihat menghadiahkan seutas beg tangan kepada ibu mertuanya, Zara turut memberi seutas rantai leher emas kepada ibu kesayangannya itu!

Zara juga menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu mertua yang baik walaupun jodohnya bersama anak ibu mertuanya itu tidak lama.

“Jodoh dengan anaknya tak lama tapi Allah panjangkan jodoh saya dengan maknya sebagai mak dan anak, saya jadi anak sulung perempuan mak, yang takde anak perempuan” tulis Zara di ruangan kapsyen video TikTok yang dimuat naiknya.

Sejak video tersebut dikongsi, ianya berjaya meraih sebak ramai terutama sekali kaum wanita dengan mendapat jumlah tontonan sebanyak 242.1 ribu dan 9365 tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@zaraaisyah1990 Saya anak yatim piatu☺️ bekas mak mentua la tempat mengadu kasih. Jodoh dgn anknya Xlama tapi allah panjang kan jodoh Saya dengan maknye sebagai mak dan ank,saya jadi ank sulung perempuan mak, yg xde ank perempuan☺️ alhamdulillah dapat mak mentua yg baik😇 keluarganya pun semua baik2 #ibumertua #fyp ♬ Kasihnya Ibu – Wann

Menjengah ke ruangan komen, ada yang turut sebak melihat hubungan mesra Zara dengan mertuanya itu.

Tak kurang juga yang tumpang bahagia untuk wanita itu kerana dapat merasai kasih seorang ibu walaupun bukan dari ibu sebenar.

Berikut antara komen-komen netizen di TikTok

“Walaupun kita berpisah Ibu mertua tetap mak kita xda istilah bekas mertua.. 🥰”

“Knp sy yg mngs ney 🤍”


“mesti mak mentua dia baik hati…alhamdulillah rezeki”

“alhamdulillah…xde jodoh ngan ank,tp ade hikmah dpt mak🥰🥰”

“semoga awk di murh kn rzki selalu terharu di wajah ibu mertua awk awk ank yg baik”