Ibu & Ayah Nak Berbuka, Abang Tolong Buaikan Adik Guna Kaki Sambil Main Phone Buat Netizen Terhibur

Sikap bertanggungjawab dalam diri memang harus dipupuk sejak kecil lagi. Bagi mana-mana ibu bapa yang mempunyai anak-anak mesti kadang-kadang akan minta tolong untuk si abang atau kakak tengok-tengokkan adik-adik yang lain.

Sama kisahnya seperti kanak-kanak lelaki ini yang membantu ibu bapanya membuai adiknya sementara ibu bapanya berbuka puasa.

Situasi comel itu sempat dirakam oleh ibu saudara kanak-kanak lelaki itu yang bernama Nuradiana Aziz dan dimuat naik ke TikTok.

Menurut Nuradiana, kanak-kanak lelaki yang bernama Muhammad Aryan Rafif baru berusia 3 tahun 5 bulan. Pun begitu, dia begitu bijak kerana mampu melakukan dua kerja dalam satu masa!

Sesuai dengan pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. Dia dilihat menghayun buaian adiknya itu sambil bermain handphone.

Apa yang membuatkan netizen lebih terhibur adalah apabila dia menghayun buaian tanpa susah payah kerana hanya menggunakan kaki! Bukan itu sahaja, posisi Aryan juga dalam keadaan baring!

Setakat ini, video yang dikongsikan pada empat hari lalu itu tular dengan jumlah tontonan sebanyak 898.5 ribu dan 89.1 ribu tanda suka!

Video yang tular di laman TikTok

@nuradianaaziz Bagusnya anak sedara kesayangan mami ni. Sangatlah boleh diharap.. 😍😍 #muhammadaryanrafif #anaksaudara #3tahun5bulan ♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terpegun melihat kehebatan skill yang Aryan ada.

Ada juga yang berseloroh ingin mencuba “teknik” yang sama. Namun tak kurang juga yang memuji kecomelan kanak-kanak lelaki itu.

Berikut antara komen-komen menarik yang diberikan netizen di TikTok

“dimana dia tengok skills ni….ini legend punya skill saja, welcome to the legend club adik🤣😂😅”

“Santai terok ni dik. thank you ajar saya skill ni. boleh saya guna pakai”


“santai btol die buaikn adik die.. hahaha nmpk mtang die wlaupn kecik lgi..”

“Budak ni bijak besar jadi engineer 👍😁”

“Mesti dia tgok ayah dia buat. Slalu ayah la yg ngajo pelik2 🤣.”

“alololo comel jerr 🥰🥰🥰”