Isteri ‘Multitasking’, Tapi Suami Sehelai Baju Pun Tak Terlipat Leka Tengok Tv Buat Netizen boleh ‘Relate’

Seringkali kita dengar perempuan ni lebih ‘multitasking’ daripada lelaki. Manakan tidak, perempuan boleh melakukan pelbagai perkara dalam satu masa. Dalam pada dia memasak, siap boleh menyapu, lap meja dan tengok anak.

Tapi kalau lelaki, masak maggie2 minit, 2 minit juga lah dia ada depan kuali tengok maggie tu kembang.

Sama juga dengan kisah yang tular baru- baru ini dimana seorang isteri memapar gelagatnya dan suami sewaktu sedang melipat kain baju.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yattahmad, kelihatan mereka sedang melipat kain sambil menonton filem luar negara di televisyen.

Apa yang melucukan adalah suaminya kelihatan kusyuk menonton televisyen sehingga tangan ‘tidak mampu’ melakukan apa-apa.

Dapat kita lihat sang isteri dengan hebat nya melipat lebih daripada 3 baju sambil menonton televisyen namun si suami masih dengan 1 seluar yang tidak terlipat itu.

“Orang lelaki memang tak boleh buat 2/3 kerja serentak eh” ujarnya di ruangan kapsyen.

Video yang tular di laman TikTok:

@yattahmad.officialOrang lelaki memang tak boleh buat 2/3 kerja serentak ek?

♬ suara asli –

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 386.7K tontonan, 30.0K tanda suka, 482 komen dan 743 perkongsian di applikasi TikTok

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat perkara tersebut dan ramai mengatakan perkara tersebut benar kerana mempunyai pengalaman yang tersendiri.

Dalam masa yang sama, netizen juga berseloroh menyatakan pada akhirnya mungkin suaminya itu hanya melipat sehelai pakaian sahaja kerana terlalu kusyuk menonton televisyen.

Berikut merupakan komen warga maya:

“pastu sehelai tu jelah dia lipat sampai ke sudah”

“tengok tv tangan buat keje.. last ambik remote off tv..geram”

“satu kerja pun tak fokus, apa lagi 2, apa lagi 3”


“jangan kan nampak drive thru lelaki? sebab ni lah”

“memang pun aku kalau goreng telur tunggu jelah depan tu.. adik perempuan aku goreng telur ngan siap basuh pinggan semua”

niat tolong isteri tu dah ada dah tapi.. cite habis pun belum tentu yang sehelai tu siap..”