Viral Pelajar Tadika Ikut Trend ‘Sarung Cincin’, Ini Luahan Kesal Pakar Motivasi

Kalau kita buka sahaja media sosial, pasti banyak kita lihat content trending yang menjadi ikutan ramai bukan? Pun begitu, tidaklah semua peringkat umur sesuai dengan sesetengah content apatah lagi untuk kanak-kanak.

Sama juga dengan trend ‘sarung cincin’ yang tular kebelakangan ni. Dapat kita lihat ramai yang mengikuti trend tersebut namun ada sebuah video yang mencuri perhatian ramai iaitu budak tadika membuat trend tersebut sambil direkod oleh gurunya.

Susulan perkara itu, seorang pakar motivasi yang sering memperjuangkan nasib kanak-kanak, Akhi Fairuz Al-Jengkawi telah berkongsi luahan rasa kurang senangnya dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu.

Beliau turut meluahkan betapa ‘bengang’ terhadap tindakan orang dewasa ataupun penjaga kanak-kanak itu yang menyuruh seorang pelajar lelaki berjoget-joget menyarungkan cincin ke jari pelajar perempuan sebelum pelajar itu turut berjoget tersipu malu.

“Ada ke disuruh budak lelaki sarungkan cincin pada jari budak perempuan. Elok disarung, terus budak tu joget-joget sambil tutup muka. Kau ingat benda ni kelakar ke? Nampak sweet bila budak kecil yang buat? Musibah betul!

Elok-elok budak diajar pasal sentuhan selamat dan sentuhan tak selamat, kau pula ajar mereka bersentuh-sentuhan begini!” tulisnya.

Bagaimanapun, individu yang meng’upload’ video tersebut tampil memaklumkan mereka berdua adalah sepupu namun pakar motivasi ini tetap mengatakan tindakan seperti itu seharusnya dielakkan dan janganlah sesuka hati menormalisasikan budaya couple kepada budak-budak di bawah umur kerana banyak risikonya.

“Nak normalisasikan budaya couple pada budak-budak sekecil ini ke? Nak bagi mereka seronok kejar benda viral? Generasi apa yang kau nak bangunkan ni?”

“Saya tak pastilah apa reaksi ibu bapa kepada anak-anak ini saat menonton video berkenaan. Namun bagi saya perbuatan seperti ni tidak beretika dan melampau!”

“Ni kalau tak bendung, , tak tahulah video jenis apa lagi boleh muncul!” ujarnya tegas.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen bersetuju dengan pakar motivasi ini malah video tersebut mendapat kecaman yang hebat dari banyak pihak.

Bukan itu sahaja, netizen juga menyifatkan bahawa aksi sebegitu boleh membina pemikiran kurang baik dalam diri generasi baru walaupun sekadar berhibur sahaja.

Antara komen warga maya:


Perkongsian pakar motivasi: