Viral
“Boleh Mati Anak Saya!” Terpaksa Tunggu 12 Jam Untuk Dirawat, Doktor Tampil Dedah Situasi Sebenar

Seperti yang kita tahu, adakalanya Hospital penuh dengan pesakit sehinggakan doktor dan jururawat yang lain tidak lepas tangan apatah lagi jika kekurangan staff sehingga ada yang perlu menunggu lama untuk berjumpa dengan doktor.
Seperti ciapan yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna yang dikenali sebagai Shazwan Sazali yang merupakan seorang doktor telah mendedahkan situasi sebenar di sebuah hospital.
Menerusi hantaran tersebut, Shazwan telah menceritakan keadaan terkini di kecemasan Hospital Tunku Azizah atau Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur.
Difahamkan, kebelakangan ini mereka menerima lonjakan jumlah pesakit di hospital berkenaan sehingga pesakit terpaksa menunggu selama 12 jam untuk dirawat.
Jelasnya, hanya 5 orang staf yang dibenarkan menerima penempatan di hospital berkenaan bagi menjaga keseluruhan tingkat untuk 3 shift satu hari.
Tidak berpuas hati, dia turut bertanyakan kepada pakar perunding jabatan tentang mengapa hanya 5 orang staf yang ditempatkan di hospital berkenaan.
Kata beliau, banyak usaha dah untuk tambah jumlah staf, tapi sampai sekarang tiada kabar berita.
Disebabkan kekurangan staf, waktu menunggu boleh mencecah 12 jam namun pihaknya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ianya di luar batas kemampuan mereka.
“Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya KKM Putrajaya tahu akan hakikat ini.”
Meninjau di ruangan komen, ada juga dikalangan warga netizen yang pernah menghadapi situasi yang sama dimana perlu menunggu berbelas jam untuk berjumpa dengan doktor.
Berikut merupakan komen warga maya:
13/06/2022, dah ditampal notis ni kat depan tu. Haritu dtg pukul 11pm sampai 5:50am number tak bergerak. Bangun tidur 5 kali pun number tak gerak. Nak tak nak kentalkan hati jelah tunggu 🥲 pic.twitter.com/Z6tLeif7NM
— アナ 👾 (@Mardianaa___) June 26, 2022
Dah lakui itu semua bersama allahyarham ibu saya, 3x. Apakan daya kami tak mampu pergi klinik swasta. Terpaksa tunggu giliran.btw masa itu ibu berumur 93
— CTee (@cteeannie) June 26, 2022
Hmm sad but true, aku pi ED sebab anak demam panas sgt..pi pukul 8 malam, 8 pagi pon still tak settle. Aku siap bf anak dkt ruang menunggu sbb anak dah kebulur😢
— سلسبيلا يوسف 💕 (@bellaayusof) June 26, 2022
Perkongsian yang tular:
“Dr tau tak saya tunggu daripada pukul 1 tengahari, ni pukul 1 pagi baru dr panggil saya, 12 jam dr, apa yang lama sgt?”
“Ni kalau tunggu lama lagi boleh mati anak saya ni!”
Keadaan di kecemasan Hospital Tunku Azizah atau Hospital Wanita dan Kanak-kanak KL skrg.
-sambung-
— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
Sejak akhir-akhir ini, terdapat lonjakan jumlah pesakit yang kami terima di HTA.
HFMD.
Pneumonia.
Bronchiolitis.Ini antara kes paling “famous” kami terima selepas bulan puasa.
Jumlah kes dalam sehari boleh cecah 200 untuk semua zone di kecemasan HTA.
— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
Jumlah staf?
Jumlah MO yang benar-benar menerima penempatan di HTA hanya 5 orang.
Bayangkan 5 orang untuk cover the whole floor untuk 3 shift sehari?Jadinya, akan ada rotasi MO EDHKL setiap bulan untuk bantu MO di HTA – macam saya.
— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
Pernah saya bertanya kepada pakar perunding jabatan, kenapa MO penempatan HTA hanya 5 orang?
Kata beliau, banyak usaha dah untuk tambah jumlah staf, tapi sampai sekarang tiada kabar berita.
— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
Kerana kekurangan MO ini, waktu menunggu mencecah 12 jam di Green zone.
Hampir setiap hari akan ada drama di ruang menunggu.
Telah saya jelaskan hal ini di luar batas kemampuan kami. Bukan tak nak jumpa pesakit cepat, tapi kadang hanya ada 1 MO sahaja di Green zone.
— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
HTA adalah sebuah hospital rujukan.
Rujukan dari KK. Rujukan dari GP. Rujukan dari negeri lain.
Jadi lumrah untuk ED HTA terima sampai beratus kes sehari.Jadi wajarkah hanya ada 5 orang MO ditempatkan di sini?
— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
Saya selalu pesan kepada ibubapa yang memaki.
“Puan, encik, saya faham tapi saya tak mampu buat apa, kalau boleh, kami alukan puan dan encik isi SISPAA supaya @KKMPutrajaya tahu akan hakikat ini.— Shazwan Sazali 🇲🇾 (@shazwan_sazali) June 26, 2022
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

“Terima kasih, mak” Kongsi Perjalanan Peluk Agama Islam, Kisah Ibu Lelaki Ini Buat Ramai Sebak

“Habislah baju budak2” Lap Pun Kotoran Tak Hilang, Murid Makan Di Meja Kerak Kehitaman Undang Kritikan Netizen

“Wah kreatifnya!” Lain Daripada Biasa, Sesi ‘Ice Breaking’ Bersama Pelajar & Mak Cik Kantin Raih Perhatian Ramai

“Patut dicontohi..” Masih Pakai Kasut Lusuh Ke Sekolah, Kawan Pakat Ramai2 Kumpul Duit Belikan Baru!

Beli Tapak Kubur Siap2 Sebelum Meninggal, Harga Pakej Boleh Cecah Sehingga Ratusan Ribu Ringgit!
