Jenguk Ibu Kurang Sihat Di Sabah, Video MK Jadi Imam & Pandai Mengaji Buat Netizen Kagum

Siapa tak kenal dengan penyanyi ‘rappers’ kelahiran Tawau Sabah iaitu MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin bin Hamdan. Baru-baru ini dia menjadi bualan hangat dek kerana ada desas desus mengatakan wanita yang bersamanya dalam sebuah majlis adalah kekasihnya.

Kini, dia kembali menjadi sebutan ramai apabila tular sebuah video dimana dia menjenguk ibunya yang tidak sihat di kampung bersama adik beradik yang lain baru-baru ini.

Siapa sangka, lelaki yang berimej ‘bad boy’ yang kini aktif berlakon menunjukkan personalitinya yang sebenar apabila dengan keluarga nyata membuatkan ramai wanita ‘cair’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh kakaknya sendiri di laman TikTok @@wawa .evs, MK dilihat sedang tekun mengaji bersama-sama keluarga yang lain malah apa yang membuatkan ramai kagum adalah dia juga menjadi imam untuk keluarganya.


Dalam video tersebut juga, dia yang sedang mengetuai bacaan zikir bersama ahli keluarga yang lain turut tidak segan meminta bantuan ibunya dalam memperbetulkan apa yang dilakukan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen akui kita sememangnya tidak boleh menilai seseorang hanya pada rupamereka sahaja malah ramai yang kagum melihat personaliti MK yang sememangnya tidak ditunjukkan pada orang ramai sebelum ini.

Bukan itu sahaja, netizen juga tidak menyangka MK merupakan seorang yang cukup berbeza dengan penampilan yang biasa kita lihat.

Antara komen warga maya:

“speechless tengok MK. Betul la we cannot judge a book by its cover”

“lelaki idaman”


“ni la idola para wanita, badboy kat luar, tapi kat dalam softboy +goodboy”

“MK bagi inspiration kepada semua anak muda agar sentiasa menjadi anak yang bertanggungjawab”

Video yang tular di laman TikTok:

@wawa.evsMum’s not feeling well. So we flew back home to her 🤍

♬ original sound – Wawa Evs