[VIDEO] Tular Penghuni Wanita Pula Buat Tiktok Catwalk & Berzapin Di MAEPS

Peningkatan angka jangkitan pandemik Covid-19 masih ditahap membimbangkan ketika ini.

Ramai pesakit ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dan mereka turut berkongsi pengalaman sepanjang berada di sana menerusi media sosial.

Sebelum ini tular penghuni lelaki catwalk

Terdahulu, video para pesakit lelaki positif Covid-19 yang sedang dikuarantin di Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang tular di media sosial.

Video sekumpulan penghuni lelaki berjalan catwalk seperti melakukan fashion show berlatar belakangkan muzik itu mencuit hati.

Malah, gelagat mereka yang mencuit hati itu dikatakan kreatif sepanjang mereka menghabiskan masa mereka di sana.

Giliran penguni wanita pula menari

Namun begitu, penghuni perempuan juga tidak ketinggalan turut sama menghasilkan video seperti sebelum ini.

Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik di aplikasi TikTok itu, pemilik akaun berkenaan Farah Sulaiman berkongsi aktiviti mereka sepanjang di pusat kuarantin MAEPS Serdang.

Siap ada yang menari zapin

Rakaman video di pusat kuarantin MAEPS Serdang itu memaparkan beberapa penghuni wanita menari bagi menghiburkan hati dan ada diantara mereka yang turut menari zapin.

Gelagat penghuni wanita itu dilihat sebagai satu bentuk untuk memotivasikan diri dan positif dalam berdepan dengan wabak yang dihadapi mereka.

Selain itu, turut tular beberapa video TikTok lain yang dihasilkan oleh penghuni-penghuni ini turut dikongsi kepada umum.

Dapat hiburkan hati penghuni pusat kuarantin

Dengan perkongsian tersebut, rata-rata netizen telah meninggalkan komen dengan pelbagai pendapat mereka tersendiri.

@farah.sulaiman##quratine be like ##maepsserdang♬ Pantun Budi – SM Salim

Kebanyakkan daripada mereka terhibur melihat video tersebut kerana pastinya dapat mengurangkan sedikit ketegangan apabila dikuarantin dalam tempoh masa yang lama.

@farah.sulaimanlayan 🤪🤪##maepsserdang ##quratine

♬ Kimi No Toriko (Remix) – KKM👑KING HERMAN S WiLLiAM🇲🇨

Malah ada yang berpendapat, video tersebut turut menhiburkan barisan petugas hadapan yang tidak lekang dengan tugas mereka sepanjang penularan pandemik Covid-19 ini.

Semoga penghuni di pusat-pusat kuarantin Covid-19 sembuh dari wabak ini dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.