[VIDEO] Setelah 3 Tahun Penantian, Suami Baru Habis Kuarantin Sebak Dapat Tahu Isteri Hamil

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata bagi menyerikan lagi mahligai yang dibina.

Namun begitu, tidak semua pasangan diberikan rezeki menimang cahaya mata selepas mendirikan rumah tangga.

Ada pasangan diuji dengan pelbagai ujian sebelum dikurniakan rezeki zuriat kepada mereka.

3 tahun menanti kehadiran cahaya mata

Apatah lagi buat mereka yang sudah bertahun lamanya menunggu detik indah kehadiran cahaya mata itu sesuatu yang dinanti-nantikan.

Begitu juga dengan kisah pasangan ini ang mendapat khabar gembira apabila sang isteri hamil selepas hampir 3 tahun menanti kehadiran cahaya mata.

Baru selesai menjalani kuarantin Covid-19

Apa yang lebih menggembirakan lagi adalah khabar tersebut diterima selepas mereka disahkan negatif Covid-19 dan telah selesai menjalani kuarantin.

Menerusi aplikasi TikTok, perkongsian tersebut telah dimuat naik di satu akaun yang menggunakan nama massiew2.

Wanita itu telah menunjukkan keputusan alat prengancy test kepada suami apabila sejak kebelakangan ini haidnya agak lewat.

Tengok result pregnancy test selepas selesai solat 

Dalam video tersebut, wanita itu memaklumkan membuat ujian kehamilan sebelum menunaikan solat secara berjemaah.

Apabila dia selesai menunaikan solat, dia telah mengambil alat terbabit dan mendapati terdapat dua garis merah dan terus menangis memberitahu suaminya.

Suami isteri ini berpelukan tidak menyangka dikurniakan zuriat

Video tersebut menyaksikan perasaan gembira tidak dapat disorok lagi apabila masing-asing berpelukkan kerana tidak menyangka akan dikurniakan zuriat selepas diduga positif Covid-19 sebelum ini.

“3 tahun penantian . Akhirnya allah jawab di hari jumaat ni . Sejak 8/01/2021 akk duduk berjauhan dengan suami .

“Suami positive covid . 12/01/2021 lagi sekali kami dihimpit dengan berita sedih , akk pulak positive covid .

“17/1 ambulance ambik . Maka terpisah la kami suami isteri . Hari ni suami dah dibenarkan keluar . Dan akk pun dah balik semalam .

“Haid akk delay dari december lagi . Mmg akk tak kuat nak buat pregnancy test , sbb takut kecewa macam dulu .

“Dekat setahun akk tak pegang pregnancy test ni . Hari ni , allah bagi kekuatan disamping suami kat sisi akk kuat kan hati nak check .

“Alhamdullilah allah hadir kan bidadari kecil dalam rahim akk . Terima kasih ya allah atas rezeki ini . Betul perancangan mu lebih baik dari mimpi kita .

“Rupanya sepanjang akk admitted dekat hos sg buloh . Ade baby dalam perut 😅 hi syg , membesar la awak dengan sempurna , jadi la anak yg soleh dan solehah . Tak kira apa pun jantina awak . Mummy titipkan doa supaya awak menjadi manusia yg berakhlak .

“Percaya la dalam setiap hujan pasti ade pelangi nya ❤️ terima kasih semua atas doa korang . ”

Perkongsian tersebut turut membuatkan netizen berasa sebak dan tersentuh memandangkan pasangan ini sudah lama berkahwin dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Rata-rata netizen turut mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan menitipkan doa semoga ibu dan bayi sihat dan dipermudahkan sehingga ke proses kelahiran kelak.