“Sakit Czer lahirkan adik belum hilang, pergilah main di taman syurga anakku,” Luahan Sayu Wanita Ini Buat Netizen Sebak

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitu beratnya kesedihan yang dialami apabila kita kehilangan insan tersayang.

Apatah lagi, insan tersayang itu pernah menumpang di dalam rahim selama sembilan bulan dan dijaga bagai minyak yang penuh pergi meninggalkan kita.

Kehilangan anakanda tercinta kerana saluran pernafasan sempit

Begitulah kisah yang dialami oleh seorang wanita bernama Nurul Atikah yang berkongsi kisah hidupnya di laman Facebook miliknya itu.

Difahamkan, pemergian anak Nurul Atikah disebabkan masalah saluran pernafasan terlalu sempit.

Mumy halalkan susu sayang, Mumy redha anakku

“Muhammad Yusuf mikael bin Abdul Gani, mumy halalkan susu mumy sayang dan mumy redhaa anakku”.

“Adik tinggai mumy atas pangkuan mumy dan mumy mengucap dekat adik. Terus adik tersentak walaupun adik  tak sedar”.

Sakit czer lahirkan adik pun belum hilang dik

“Sakit cezer lahirkan adik pun belum hilang dik. Pergi lah bermain di taman syurga anakku”.

“Doa mumy sntiasa mngiringi mu, seorang anak yang sangat baik. Lepas ni tak da yang kejut mumy ajak main 4 pagi”.

Tiada lagi gelak tawa anak mumy

“Xda lagi gelak tawa anak mumy. Allahuakbar sesungguhnya ujian mu terlalu berat ya Allah. Aku redhaa,aku pasrah”.

“Tunggu mumy, abah dan abang ya sayangg. Allah takkan uji diluar kemampuan kita. Maafkan mumy anakku”. 

Muhammad Yusuf Mikael hembuskan nafas terakhir di Hospital Pulau Pinang

Jelas Atikah, anak keduanya iaitu Muhammad Yusuf Mikael telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Pulau Pinang.

Sebagai ibu dia redha dengan ujian yang diberikan oleh Allah terhadapnya. Bercerita mengenai lebih lanjut, Atikah memberitahu bahawa anaknya itu lahir tidak cukup bulan.

Mumy nak sangat tema warna putih

Jelasnya lagi, anaknya turut mempunyai masalah saluran pernafasan yang sempit. Hanya doa dan keajaiban yang mampu diharapkan oleh Atikah sepanjang anaknya berada di hospital.


Adik tenung mummy sebelum masuk hospital

“Patut mumy rasa nak sangat fotoshoot adikk. Mumy rasa nak sangat tema warna putih”.

“Mumy ingat lagi sebelum dik masuk hospital mumy tengah masak, dik tengok mumy renung mumy dik tenung mumy”.

Separuh nafas mumy hilang, dunia gelap dik

“Dua hari sebelum tu adik xberapa mau dekat mumy nak abah jaaa,rupanya adik xmau mumy sedih”.
“Dik separuh nafas mumy hilangg dunia gelap dik, hanya lafaz allahuakbar ja mumy laungkan waktu adik tinggai mumy”.

“Sakit dikk, mumy sakit bila tgok barang dik. Tiap hari p melawat dik kat hospital mumy bawa botol susu dik”.

Mumy bawa adik balik siap mandi dan kafan

“Walaupun mumy tau dik xboleh mnum tapi mumy bawa sbb mumy rasa adik lapar,mumy bawa baju dik sbb mumy nak dengaq doc cakap adik boleh balik”.

“Tapi mumy bawa adik balik siap mandi n kapan wanggi sangat sayang mumy. Main la ditaman syurga sayang mumy”.

Adik pergi dalam mumy tak bersedia

“Adik pi dalam keadaan mumy tak bersedia dan dalam keadaan mumy tak jangka. Mumy pejam mata tadi dik sebab mumy nak semua ni mimpi bukan kenyataan dik”.

“Tapi Allah sayang adikk, adik tunggu mumy sayanggg. Walaupun pedih mumy cuba redhaa syg”.

Takziah diucapkan kepada keluarga adik Muhammad Yusuf Mikael. Semoga keluarga diberikan ketabahan dan kekuatan menjalani ujian ini.