[VIDEO] Tular Lari Salah Arah, Guru Ini Jelaskan Kejadian Sebenar

Minggu lepas telah tular sebuah video yang memaparkan gelagat seorang murid perempuan menyertai acara larian di sebuah sekolah.

Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah murid tersebut telah tersilap dan lari berlawanan arah berbanding peserta lain.

Pelajar tahun satu itu yang juga merupakan dari suku kaum orang asli, Aishah Long@Rudy berjaya mencuit hati orang ramai ketika menyertai acara larian 4×50 meter di Sekolah Kebangsaa (SK) Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak.

Ini Video Yang Menjadi Tular:

Walaubagaimanapun, Guru Penolong Kanan (GPK) Pentadbiran sekolah itu, Megat Asrul Megat Mohamed Yusof menjelaskan melalui mStar Online di mana pada asalnya Aishah sebenarnya tidak terlibat dalam acara sukan itu.

Kata Megat Asrul, Aishah sepatutnya menyertai acara sukaneka yang disediakan untuk murid tahun satu.

Cuma pada saat-saat akhir Aishah menjadi pengganti untuk acara itu kerana peserta asal tidak dapat hadir kerana demam.

“Nama dia sebenarnya tiada dalam senarai untuk acara itu. Dia menggantikan tempat kawan dia demam, tak datang sekolah. Sebelum tu dia masuk acara sukaneka. Bila acara sukaneka memang lari ulang alik dan tak lama selepas itu bermulalah acara 4x50m.”

Walaupun tersalah arah, Aishah dilihat berlari dengan penuh semangat sehinggakan gurunya tidak dapat mengejarnya hingga ke garisan penamat.