[VIDEO] Pemandu Wanita Ditempeleng dan Dihantuk Kepala, Ini Puncanya

Sikap kebanyakan pemandu di Malaysia memang tak dinafikan boleh mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya yang lain.

Di antara kesalahan yang biasa dilakukan di jalan raya adalah tidak memberi signal ketika membelok ataupun menukar laluan.

Satu video yang tular pada hari ini di laman sosial Facebook telah menjadi tumpuan netizen.

Perkongsian oleh Mary Joe itu menunjukkan seorang penunggang motosikal lelaki yang mengasari seorang pemandu perempuan.

Wanita itu didakwa tidak memberi signal ketika menukar haluan kereta dan telah menimbulkan kemarahan lelaki tersebut.

Di dalam video yang tular itu, kelihatan wanita tersebut memberhentikan kereta dan keluar untuk berjumpa lelaki tersebut yang ketika itu berada di ats motor.

Walaubagaimanapun, kerana tidak dapat menahan amarah, lelaki itu memarahi wanita tersebut sebelum dia melempang dan menghentuk kepala wanita itu ke kereta.

Wanita itu bernasib baik kerana kejadian itu disedari orang ramai dan ada beberapa orang datang untuk membantu meleraikan insiden tersebut.

Berikut adalah perkongsian daripada Mary Joe di Facebook beliau:

Nasib baik ada yg dapat amik video akak tu kena pukol smlm..bro tu kata akak tu x bagi signal..tak tahu nape dia marah sgt smpi hentak kereta akak tu dgn helmet pastu akak tu turun dari kereta dia ..

pastu gaduh & bro tu terus pukol akak tu ..kemurugan terus lps tgk akak tu kena pukol..akak tu luka & berdarah kt mulut..akak yg pakai tudung labuh tu siap nangis pastu bro tu tanya ko apahal nangis bukan ko yg kena 

maybe dia kat blind spot akak tu x perasan ke..belum tahu kesahihan lg akak tu x bagi signalkn..coz akak tu dah ckp settle kat balai tapi bro tu gi hentak helmet kat kereta dia nape?

pastu akak tu keluar dari kereta tu ..bro tu gi pukul plak..wajar ke bertindak camtu