[VIDEO] “Tinggallah orang berdosa terutama saya ini” Ustaz Ebit Lew

Semalam kita dikejutkan dengan pemergian Ustaz Abu Hassan Din al-Hafiz yang telah mengahdap Ilahi ketika bersiap untuk solat subuh.

Ramai tokoh-tokoh negara menyampaikan ucapan takziah dan menyuarakan kesedian di atas kejadian itu.

Tidak ketinggalan, pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew turut sama mendedikasikan satu entri khas buat Allahyarham di laman Instagram beliau.

Mari kita ikuti perkongsian daripada Ustaz Ebit Lew

___________

Sebaik habis ceramah tadi terus luluh hati saya mendengar perginya seorang alim yang saya amat saya hormati dan teramat saya kasihi yang mulia Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz.

Seorang anak muda bisik pada saya. Ya Allah betapa sayunya hati ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Telah perginya lagi orang alim yang banyak berjuang dan berkorban.

Saya amat menyayangi beliau kerana Allah. Beliau memiliki seluruh ahli keluarga yang berada atas jalan dakwah. Allahuakbar.

Tinggallah orang berdosa terutama saya ini. Kamatian orang alim musibah yang sangat besar. Beliau selalu menangis demi agama ini.

Menghargai setiap orang yang berdakwah. Saya banyak kali hadir dalam kuliahnya kerana rumahnya dekat dengan rumah mertua saya. Selalunya kuliah Subuh.

Dari muda pergi dengar kuliah dan pernah bersama dalam program yang sama memberi ceramah. Sehingga saat akhir masih berceramah dan memberi nasihat

Ada satu hajat dan nasihat almarhum Ustaz Hassan Din Al Hafiz dan begitu juga Almarhum Tuan Guru Harun Din inginkan penyatuan orang Islam menyayangi Islam dan membangunkan Islam bersama-sama.

Bila kita kuat, bersatu dan berakhlak mulia akan menjadi asbab hidayah buat semua manusia. Terlalu baik orangnya. Ya Allah

Ya Allah ampunkanlah dosa dan tinggikan darjatnya Murabbi kami Ustaz Hassan Din di sisimu.. Ya Allah berilah kerehatan kepadanya setelah beliau berpenat lelah dalam perjuangannya atas agama ini.

Berilah kekuatan, kesabaran,dan jagakanlah seluruh anak dan ahli keluarga beliau dalam keberkatan dan meneruskan perjuangan ayahnya.

Ya Allah maafkanlah kami semua. Satukan hati kami semua orang Islam di Malaysia dan dunia ini dengan kasih sayang dan berjuang untuk agama ini sehingga kami mati.

Sehingga kalimah ini sampai kepada semua manusia di seluruh dunia sampai kiamat. Ya Allah bangunkanlah Daie Daie di kalangan anak muda Islam.

 

View this post on Instagram

 

Sebaik habis ceramah tadi terus luluh hati saya mendengar perginya seorang alim yang saya amat saya hormati dan teramat saya kasihi yang mulia Datuk Seri Abu Hassan Din Al Hafiz. Seorang anak muda bisik pada saya. Ya Allah betapa sayunya hati ini. Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Telah perginya lagi orang alim yang banyak berjuang dan berkorban. Saya amat menyayangi beliau kerana Allah. Beliau memiliki seluruh ahli keluarga yang berada atas jalan dakwah. Allahuakbar. Tinggallah orang berdosa terutama saya ini. Kamatian orang alim musibah yang sangat besar. Beliau selalu menangis demi agama ini. Menghargai setiap orang yang berdakwah. Saya banyak kali hadir dalam kuliahnya kerana rumahnya dekat dengan rumah mertua saya. Selalunya kuliah Subuh. Dari muda pergi dengar kuliah dan pernah bersama dalam program yang sama memberi ceramah. Sehingga saat akhir masih berceramah dan memberi nasihat . Ada satu hajat dan nasihat almarhum Ustaz Hassan Din Al Hafiz dan begitu juga Almarhum Tuan Guru Harun Din inginkan penyatuan orang Islam menyayangi Islam dan membangunkan Islam bersama-sama. Bila kita kuat, bersatu dan berakhlak mulia akan menjadi asbab hidayah buat semua manusia. Terlalu baik orangnya. Ya Allah . Ya Allah ampunkanlah dosa dan tinggikan darjatnya Murabbi kami Ustaz Hassan Din di sisimu.. Ya Allah berilah kerehatan kepadanya setelah beliau berpenat lelah dalam perjuangannya atas agama ini. Berilah kekuatan, kesabaran,dan jagakanlah seluruh anak dan ahli keluarga beliau dalam keberkatan dan meneruskan perjuangan ayahnya. Ya Allah maafkanlah kami semua. Satukan hati kami semua orang Islam di Malaysia dan dunia ini dengan kasih sayang dan berjuang untuk agama ini sehingga kami mati. Sehingga kalimah ini sampai kepada semua manusia di seluruh dunia sampai kiamat. Ya Allah bangunkanlah Daie Daie di kalangan anak muda Islam-ebit lew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on