[VIDEO] Telajak Jalan, Graduan Ini Terlupa Ambil Skrol di Atas Pentas Konvokesyen

Biasanya apabila musim konvokesyen, pasti ada sahaja gelagat dan ragam graduan yang menjadi bualan ramai di laman media sosial.

Kalau sebelum ini kita dapat lihat graduan yang menari semasa mengambil dkrol, kali ini lain pula jadinya.

Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) telah viral di laman media sosial Twitter apabila terlupa mengambil skrol di atas pentas.

Kejadian itu berlaku ketika berlangsung Istiadat Konvokesyen kali ke-90 di kampus Alor Gajah, Melaka.

Ikwan Syafiq telah memuat naik video insiden tersebut di laman Twitter dan menjadi viral apabila telah di retweet 20,000 kali dan menerima 12,000 likes.


Di dalam video 10 saat itu, kelihatan pelajar yan bernama Azam Juraimy berjalan selamba di atas pentas tanpa berhenti untuk mengambil skrol.

Perbuatannya itu menimbulkan tanda tanya pada riak wajah Pro-Canselor, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad.

Namun setelah tersedar dirinya terlajak jalan ke hadapan, Azam berpatah balik dan mengambil skrol miliknya itu.

Rata-rata netizen terhibur dan memberikan komen pada video tersebut. Malah, ramai yang mentertawakan aksi Azam itu.

Menerusi satu kemaskini Instagram terbaru, Azam mengesahkan bahawa diriya di dalam video itu dan mengakui telah mengambil skrolnya.

 

View this post on Instagram

 

iyerr , saya dah ambil dah scroll tu 😂

A post shared by Ajey (@azamjuraimy) on