[VIDEO] Lancar Berbahasa Arab Walaupun Masih Sekolah Rendah, Budak Lelaki Ini Trending Di Media Sosial

Untuk menguasai banyak bahasa bukanlah sesuatu yang mudah. Sebagai contoh kita yang belajar bahasa Inggeris dari tadika lagi masih tak dapat bertutur dengan fasih.

Ini kerana bahasa memerlukan latihan bercakap supaya mudah untuk  ‘lembut lidah’.

Namun sebenarnya jika kita mampu bertutur lebih daripada satu bahasa, ianya adalah satu nilai tambah yang sangat bagus untuk perjalanan kerjaya.

Walaubagaimanapun rata-rata rakyat Malaysia kebanyakannya hanya fasih dalam dua bahasa, iaitu bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Tetapi lain pula dengan seorang remaja lelaki ini yang telah trending di laman media sosial Twitter.

Di dalam satu rakaman video, remaja ini yang dipercayai bekerja di sebuah resort di Langkawi dirakam bertutur dalam bahasa Arab dengan sangat lancar.

Munir Dinie telah berkongsi video di Twitter yang menunjukkan remaja lelaki ini mampu bercakap dalam bahasa Arab dengan pelancong.

“budak ni pro gila bersembang dgn org arab,dia fasih berbahasa arab pastu dia boleh gak melawak dgn couple arab tu. aku dulu hafal nama benda dgn binatang je dlm bhs arab”


Dengan selamba budak lelaki itu menerangkan tentang cara menangkap ikan sambil berbual dan berjenaka dengan pelancong dari Arab.

Posting yang dimuat naik oleh Munir Dinie itu telah mendapat lebih 14 ribu likes dan di retweet lebih 17ribu pengguna Twitter.

Kami mendoakan supaya adik ini berjaya di masa hadapan. Dengan kebolehannya ini, sudah tentu peluangnya terbuka luas di dalam apa-apa industri pekerjaan kelak.