Ustaz Ebit Lew sememangnya terkenal dengan dakwah jalanannya. Terbaru beliau telah berkongsi tentang gelandangan remaja yang hidup sebatang kara.

Menerusi video di laman instagram miliknya, Ebit Lew menceritakan bagaimana beliau bertemu dengan remaja ini.

 

View this post on Instagram

 

Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu. Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia pengsan atau tidur mati ni..jika kejut akan marah nanti.. Sekali dia langsung tak marah tapi bangun tidur terus salam cium tangan saya dengan senyuman. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz. Saya tanya berapa lama tidur kat sini. Dah 2 bulan. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pukul terbelah sikit. Ya Allah. Tapi dia ok jer katanya. Tenang jer.. . Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun. Kuat dan hebat sebenarnya anak ini.. Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini. Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah… . Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa. Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ. Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini. Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya beri sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya. Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..-ebitlew #doortodoorebitlew #astroaosis #keluargasunnahPerbaikiDiriOktober2019 #jelajahNegeri

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Mari kita ikuti perkongsian beliau.

________

Sebak ya Allah hati ini tadi turun jambatan. Terkejut tiba -tiba ada seorang terbaring macam ni. Cuba pergi dekat hati kuat berdebar rasa sesuatu.

Sekali panggil banyak kali lepas tu saya kuatkan hati pegang dia dan kejut dia. Rasa nadi dia. Dia tidur ni. Saya sangka dia pengsan atau tidur mati ni..jika kejut akan marah nanti..

Sekali dia langsung tak marah tapi bangun tidur terus salam cium tangan saya dengan senyuman. Dia pernah jumpa saya. Bersih muka dia.. Ustaz. Terima kaseh ustaz.

Saya tanya berapa lama tidur kat sini. Dah 2 bulan. Sekarang duduk seorang diri jer bawah jambatan ni. Tunjuk belakang kepala dia baru kena pkul terblah sikit.

Ya Allah. Tapi dia ok jer katanya. Tenang jer..

Saya tengok ic saja nak kenal. Ya Allah baru 20 tahun. Kuat dan hebat sebenarnya anak ini..

Saya minta maaf padanya. Ustaz ni berdosa sangat kat kau. Ceramah sana sini. Makan sedap-sedap. Hidup senang lenang. Kau duduk dekat sini.

Apalah saya nak jawab nanti Allah tanya. Tak sangka anak muda begini tidur bawah sini. Pasti ada masalah besar dalam hidupnya. Berdosa rasa pada adik. Ya Allah…

Takper ustaz. Ustaz sudi cari saya di bawah sini. Ustaz selalu cari kami macam ni dekat bawah longkang ni. Saya jadi sedih sangat. Tak tahu nak buat apa.

Kau nak kerja tak adik? Nak ustaz. Nanti ustaz tolong carikan kau kerja. Kau kerja elok-elok yer..nak ustaz tolong yer cari saya kerja. Kalau ada asrama boleh saya duduk dekat situ.

Sedih lak rasa. Saya nak peluk dia. Ustaz. saya kotor busuk. Ustaz pakai jubah. Ish takper adik. Kau mulia baik Allah sayang. Ustaz ni kotor berdosa biarkan kau dekat sini.

Dia tak berhenti cakap terima kaseh dan lambai saya. Saya beri sedikit duit padanya dan makanan. Nanti saya cuba fikirkan bagaimana nak bantunya.

Ya Allah tuhanku maafkanlah diriku ini. Apa nak jawab pada Allah dan apa nak jawab pada Nabi saw…maafkanlh diriku ya Allah..-ebitlew

_______


Semoga Allah permudahkan urusan adik ini dan juga memelihara perjalanan hidupnya.

"If you cannot do great things, do small things in a great way." Napoleon Hill.