[VIDEO] Tak Putus-putus Puji Roti Buatan Isteri, Netizen Kagum Dengan Usaha Pak Cik Ini Jual Roti

Tidak semua orang bernasib baik, ada diantara kita perlu mengerah keringat demi sesuap nasi.

Menyentuh perihal rezeki, sememangnya tiada manusia yang mampu menjangkakan setiap bahagian yang bakal diperolehi oleh diri masing-masing.

Seorang pakcik sangat bersemangat menjual pelbagai rotinya

Namun begitu, setiap orang sentiasa diseru untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan kerana ia pasti akan membuahkan hasil.

Seperti kisah seorang pak cik penjual roti ini yang dilihat sangat bersemangat ketika menjual roti-rotinya.

Apa yang menarik, perkongsian video berkaitannya yang dimuatnaik oleh Aisya di laman Twitter telah mendapat perhatian kerana pak cik tersebut tidak jemu untuk memuji roti yang dibuat oleh isterinya.

Pakcik ini tanpa henti memuji roti yang dibuat oleh isterinya

Pakcik itu menjual 22 jenis roti, pak cik itu juga mempromosikan jualannya dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Menurut Aisya, dia menemui pak cik itu di RNR Sungai Buloh dan kagum dengan caranya yang tidak henti memuji roti yang dibuat oleh isterinya.

Ramai yang memuji kelembutan roti yang dijual

Difahamkan sudah 11 tahun meniaga di situ, sifat ramah dan sikap pak cik itu ketika menjual rotinya sememangnya diakui oleh warga net lain yang juga memuji kelembutan roti yang dijual.

Oleh kerana sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh pakcik itu, ia mampu meninggalkan kesan pada orang ramai, semoga pak cik dan keluarga dimurahkan rezeki selalu.

Semoga lebih ramai yang mencuba pelbagai roti jualan pakcik ini dan peniagaan roti pakcik ini semakin maju.