Connect with us

Viral

“Tolong beli bila nampak kakak ni jual,” Gigih Berniaga Demi Rezeki Halal, Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Bantu


Bagi sesiapa yang gemar memasak, membeli barangan basah di pasar pagi dan pasar malam lebih segar berbanding di pasaraya.

Malahan, pelbagai jenis barangan senang untuk didapati di pasar dengan harga yang lebih murah.

Masih ada makcik dan pakcik tua duduk beralaskan kain berniaga


Secara tidak langsung, kita juga dapat membantu para peniaga menambah ekonomi mereka daripada jualan yang diniagakan disana.


Selain itu, masih ada makcik atau pakcik yang telah berumur masih  meniaga sayur di pasar tanpa mengguna meja dan hanya beralaskan kain di tapak meniaga.

Apa yang menyedihkan, mereka yang sudah uzur masih mengerah keringan tua demi mencari rezeki untuk kelangsungan hidup.

Kalau ternampak kakak ini jual apa-apa, belilah

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook bernama Hanapiah Hanafi yang dikongsi dalam group Gabungan Anak Terengganu mengenai seorang ‘kakak’ yang gigih meniaga mencari rezeki walaupun keadaan serba kekurangan. Jadi marilah kita sama-sama membantu golongan seperti ini.


“Sesiapa yang sentiasa ke pasar pagi Sabtu di pekan Manir, bila ternampak kakak ini jual apa-apapun, beli je. Tak payah banyak tanya, Insyaallah”.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan kita dan dimurahkan rezeki untuk semua peniaga pasar Manir.”

Sentiasalah kita ingat bahawa tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Siapa tahu suatu hari nanti Allah hantarkan seseorang sewaktu kita dalam kesusahan.

Marilah sama-sama kita membantu mereka yang memerlukan dan semoga makcik tersebut dimurahkan rezeki.

 

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)