[VIDEO] Sanggup Berpanas Beratur Panjang, Netizen Sebak Lihat Usaha Anak Muda Usaha Cari Kerja

Satu video telah tular di media sosial berkenaan orang ramai beratur panjang di hadapan IKM Manjung telah menjadi bualan warganet.

Sanggup beratur panjang untuk temuduga kerja

Video tersebut memaparkan mereka semua yang berbaju formal telah beratur dibawah terik matahari bagi menghadiri temuduga untuk jawatan dalam syarikat KTM (Keretapi Tanah Melayu).

Beratur dari pagi sehingga petang

Menerusi  seorang pengguna akaun Twitter mengggunakan nama Daddysado20, dia menyatakan betapa ramainya orang yang memohon jawatan tersebut kerana sudah beratur dari pagi hari lagi sehingga menjelang petang.

Menurut warganet, mereka yang hadir ke temuduga terbuka itu adalah untuk memohon jawatan pembantu teknik dan juru teknik serta mekanik bagi mengisi kekosongan yang ada

Belakang dewan banyak lagi yang tersorok beratur

Ada juga yang sempat berkongsi suasana di dalam IKM Manjung dengan memperlihatkan lebih ramai lagi yang memohon pekerjaan demi kelangsungan hidup.

Bangga masih ramai anak muda gigih cari kerja

Perkongsian tersebut turut mendapat pelbagai komen telah diterima dari akaun Twitter Daddysado dengan mengulas keadaan yang dilihat itu.

Masih ramai anak muda yang sedang berusaha mencari pekerjaan walaupun sanggup beratur panjang dan berpanas demi menghadiri temu duga jawatan.

Semoga ada rezeki buat mereka yang berusaha menghadiri temuduga berkenaan dan diharap lebih banyak peluang pekerjaan untuk anak-anak muda selepas ini.