[VIDEO] “Hargailah isteri bidadari kita” Romantis Ebit Lew Dengan Lagu Bollywood

Pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew masih meneruskan kerja-kerja amal beliau memberikan sumbangan kepada keluarga memerlukan bantuan.

Menerusi laman Facebook, hampir setiap hari beliau akan berkongsi kisah sedih mengenai kehidupan mereka yang tidak bernasib baik.

Bantu orang ramai tanpa mengira bangsa dan agama

Walaupun berpuasa, tanpa mengenal erti penat lelah pendakwah terkenal itu masih meneruskan kerja amal beliau.

Selain itu, beliau sentiasa berusaha untuk membantu mengubah kehidupan keluarga daif, atau sekurang-kurangnya meringankan beban buat golongan yang amat memerlukan.

Jarang berkongsi kisah peribadi beliau kepada umum

Tutur kata yang sopan dan lembut, beliau membantu masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Apa yang lebih menarik adalah apabila Ustaz Ebit Lew turut menjadi perhatian ramai adalah sisi romantik Ebit sebagai seorang suami.

Menerusi satu klip video yang dikongsi di laman Twitter memaparkan beliau sedang memandu sambil ditemani isterinya.

Bersyukur dikurniakan seorang isteri ibarat bidadari

Berlatarbelakangkan lagu bollywood, klip berdurasi 17 saat itu turut menunjukkan Ebit memegang tangan isteri dan diusap pada pipinya.

Sementara itu menurut Ebit, beliau amat bersyukur dikurniakan seorang isteri yang diibaratnya sebagai bidadari.

“Terima kasih Allah. Syukur pada Allah. Alhamdulillah. Ya Allah begitu besar nikmat anugerah-Mu ini”.

Hargailah isteri bidadari kita

“Bila letak tangan ke pipi usap rasa bahagia. Terasa segar muka. Hargailah isteri bidadari kita”.

“Saya doakan kita semua bahagia bersama bidadari pasangan yang halal buat kita” tulis beliau.


Lagu bollywood tambahkan suasana lebih romantis

Selain itu, perasaan netizen juga turut terbuai dengan lagu berirama Bollywood berjudul Gerua yang dipetik daripada filem Diwale lakonan Datuk Shah Rukh Khan dan Kajol.

Video tersebut turut mendapat perhatian dari warganet yang kagum dengan tindakan pendakwah itu menghargai isterinya.

Disamping itu, ruangan komen juga dibanjiri dengan reaksi positif dari netizen, malah ada segelintirnya memohon doa agar dipertemukan jodoh yang bahagia seperti itu.