“Kami harap doa berterusan dari tuan puan” Ahli Keluarga Ustaz Kazim Elias Kongsi Perkembangan

Datuk Ustaz Kazim Elias antara penceramah bebas yang mepunyai ramai peminat menerusi majlis-majlis ilmu yang beliau sampaikan.

Beberapa hari yang lepas, Ustaz Kazim Elias dikatakan terpaksa dikejarkan ke hospital selepas beliau mengadu mengalami sakit belikat, pinggang serta kembung perut dan kesukaran untuk tidur.

Menerusi satu perkongsian di Facebook Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin Elias Al Hafiz, turut memaklumkan keadaan terkini Ustaz Kazim.

Perkembangan terkini Ustaz Kazim Elias

Posting yang dikongsikan itu memaklumkan Ustaz Kazim telah dimasukkan ke wad di sebuah hospital swasta Ipoh setelah mendapat nasihat dari pihak pakar perubatan.

Perkembangan terkini Ustaz Kazim pada 13 Mei 2020 jam 2.15 petang

“AS SALAM wth. Semalam beliau dimasukkan ke ward di sebuah hospital swasta Ipoh setelah mendapat nasihat dari pihak pakar perubatan”.

“Ini lebih memudahkan pihak hospital mengenal pasti punca kesakitan yang dialami beliau” tulisnya.

Masih menunggu keputusan ujian MRI dan skop

“Proses MRI dan skop telah selesai dijalankan dan masih menunggu keputusannya. Apa pun keadaannya petang ini agak baik sikit dari sebelum ini”.

“Biarlah beliau berehat sementara kerana doktor mengatakan beliau kurang rehat. Hari ni dah boleh tidur sikit, cuma masih lemah kesan bius”.

“Kami ahli keluarga dan peminat peminatnya pasti gembira dan lega dengan perubahan positif hari ini”.

Keluarga mengucapkan terima kasih kerana mendoakan 

“Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan mengambil berat keadaan beliau dan kami amat hargai”.

“Kami berharap doa berterusan dari tuan puan. Allah sahaja yang mampu membalasnya”, tulisnya lagi.

Beliau milik orang ramai

“Bukan publisiti yang kami cari, cuma saya memikirkan bahawa beliau adalah milik orang ramai”.

“Maka saya kena beritahu perkembangannya untuk maklumat tuan puan jua, terima kasih banyak-banyak”.

Keadaan Ustaz Kazim beransur pulih

Keadaan Ustaz Kazim sudah semakin baik dan boleh tidur seperti biasa. Namun begitu, keadaan badan beliau sedikit lemah susulan daripada kesan ubat bius.

Walaubagaimanapun, Ustaz Dato’ Haji Mohd Najmuddin mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mengikuti perkembangan dan mendoakan kesihatan Ustaz Kazim.

Semoga Ustaz Kazim Elias cepat sembuh dan boleh kembali meneruskan majlis-majlis agama untuk orang ramai.