JKM Minta Bantuan Sesiapa Yang Mempunyai Maklumat Ibu Kandung Bayi Comel

Menerusi satu posting yang dimuat naik di Jabatan Kebajikan Masyarakat, mereka sedang berusaha mencari waris kepada seorang bayi berusia 10 bulan.

Ibu kandung bayi 10 bulan dicari

Sehubungan dengan itu, satu notis dikeluarkan bagi membantu Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak.

Selain itu, ia turut membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak

Kanak-kanak berkenaan tiada sijil kelahiran

“Kes kanak-kanak telah dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur (JKM WPKL) oleh pasangan suami isteri Puan Mursyida Aidyany Binti Abdullah dan Mohd Zaini Bin Salim”

“Ini kerana kanak-kanak tidak mempunyai dokumen sijil kelahiran dan mereka juga tidak mempunyai dokumen penjagaan yang sah ke atas kanak-kanak”.

“Penjaga kanak-kanak memaklumkan kanak-kanak telah diserahkan ibu kandung seorang warganegara Indonesia bernama Yanti kepada mereka”

Penyerahan kanak-kanak kepada keluarga angkat dibuat secara tidak sah

“Ini kerana ibu kandung tidak mampu untuk menjaga kanak-kanak dan ingin menyerahkan kanak-kanak kepada keluarga angkat”.

“Namun penyerahan kanak-kanak tidak dibuat secara sah dan kelahiran kanak-kanak juga tidak didaftarkan”.

Ibu kandung tidak dapat dihubungi

“Kini ibu kandung dikatakan telah tidak dapat dihubungi dan mereka juga tidak mengetahui alamat tempat tinggal ibu kandung kanak-kanak”.

“Sehubungan itu, Jabatan ini juga mengalu-alukan waris atau mana-mana individu yang mempunyai maklumat ibu kandung”

Boleh hubungi talian yang diberikan untuk sebarang maklumat

“Orang ramai boleh menghubungi Pelindung kes ini, iaitu Puan Hazzariza Binti Napiah ditalian 03-2612 4000 (samb. 4121) bagi memberikan maklumat yang dapat membantu”.

“Jabatan mengesan ibu kandung kanak-kanak dan seterusnya membantu Mahkamah membuat keputusan terbaik bagi penempatan dan kebajikan kanak-kanak”.

Maklumat kanak-kanak

PENCARIAN WARIS:

NAMA : MOHD DAYYAN RIZQI
UMUR / TARIKH LAHIR : 10 BULAN / 16 DISEMBER 2019
JANTINA : LELAKI
PEGAWAI PELINDUNG : PUAN HAZZARIZA BINTI NAPIAH

Diharap jika orang ramai mempunyai maklumat lanjut sila hubungi nombor talian yang tertera.