Niat Baik Isteri Sediakan Breakfast Atas Katil, Suami Tergamak Simbah Air Panas Kerana Ganggu Tidur

Pasangan yang telah mendirikan rumah tangga pastinya mahu menyediakan yang terbaik buat pasangan mereka.

Tambahan pula si isteri, pastinya mahu menyediakan makanan dan keperluan harian suami dengan sebaik mungkin.

Niat baik isteri sediakan sarapan bertukar mimpi ngeri

Namun begitu, niat baik seorang isteri untuk ‘sweet’ bersama suaminya bertukar menjadi satu mimpi yang buruk.

Tanpa diduga, isteri yang hanya mahu menyediakan sarapan untuk suaminya terkejut apabila si suami menyimbah air panas di bahagian belakang badannya.

Isteri mahu suami sarapan pagi di atas katil

Memetik laporan Mirror, wanita yang dikenali sebagai Rukiye itu ingin memberi kejutan buat suaminya dengan membawa sarapan pagi di atas katil.

Bagaimanapun, kejutan tersebut menjadi sesuatu yang teruk apabila suaminya iaitu Ali, mengamuk.

Suami simbah air panas di belakang isteri hingga melecur

Apa yang menyedihkan adalah suami tadi bertindak menyimbah air panas yang menggelegak di bahagian belakang badannya sehingga melecur.

Menurut laporan, kejadian tersebut difahamkan berlaku di rumah pasangan berkenaan iaitu di Turki.

Di marahi hanya kerana kejut suami dari tidur

“Saya siapkan sarapan dan beritahu suami sarapannya sudah siap dan terhidang di atas katil”.

“Dia terus marah dan bertanya kenapa saya kejut dia dari tidur. Dia beritahu supaya saya tidak kacau dia jadi saya terus bersarapan dengan anak perempuan saya”.

Dia tuang air panas di leher dan cuba simbah di muka

“Dia bad mood dan beritahu akan ceraikan saya dan akan Dapatkan hak penjagaan anak kami”.

“Kemudian dia tuang air panas di bahagian leher dan cuba untuk simbah di muka. Tapi saya sempat elak”.

Genggam rambut  dan heret saya ke bilik air

“Saya lari daripada dia dan dapat rasa baju saha terkena air panas yang disimbah. Melecur kulit saya”.

“Lepas itu dia baling lebihan air panas ke arah saya dan terkena kaki anak kami dan bahagian pinggul. Dia turut genggam rambut saya dan heret saya ke dalam bilik air”.

Suaminya telah ditahan oleh pihak polis

Menurut Rukiye, susulan daripada insiden tersebut, suaminya telah ditahan oleh pihak polis. Ujarnya lagi, dia kini sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital.

Semoga kisah ini menjadi contoh dan teladan kepada kita semua. Diharap setiap pasangan yang berumah tangga di luar sana hargailah pasangan masing-masing.