[VIDEO] “Saya buat apa yang saya mahu” Tindakan Lelaki Ini Gantung Anjing Cetus Kemarahan Ramai

Kita dituntut supaya saling mengasihi sesama makhluk yang tinggal di muka bumi ini samada mereka manusia atau haiwan.

Selain manusia, haiwan juga wajib dilayan dengan penuh kasih sayang dan kita tidak boleh menyeksa binatang.

Namun begitu,masih ada juga segelintir yang tidak berperikemanusiaan menyeksa makhluk berkenaan sesuka hati.

Sampai hati seksa anjing peliharaannya 

Menerusi satu video yang viral di laman sosial, apabila tindakan kejam seorang lelaki terhadap seekor anjing telah menimbulkan pelbagai reaksi netizen beberapa hari lalu.

Difahamkan, lelaki yang berusia 35 tahun itu dirakam berada di tepi jalan dengan seorang penunggang motosikal sebelum perakam video memberhentikan keretanya untuk melihat apa yang terjadi.

Kejadian tidak bermoral berkenaan dipercayai telah berlaku di Sungai Sedu, Banting, Selangor.

Gantung leher anjing pada sebatang pokok

Jelas kelihatan seekor anjing digantung lehernya pada sebatang pokok sambil terkial-kial melepaskan diri ekoran kekurangan udara untuk bernafas.

Lelaki itu juga telah disoal seorang lagi lelaki separuh usia yang memberhentikan keretanya.

Saya boleh buat apa sahaja yang saya mahu

Walaubagaimanapun, lelaki terbabit cuba mempertahankan tindakannya atas alasan anjing berkenaan adalah peliharaan sendiri.

“Awak orang kerajaan ke? Saya yang besarkan anjing ini, dan saya boleh berbuat apa sahaja yang saya mahu.

“Saya akan bunuhnya kalau saya mahu. Kalau awak orang kerajaan pun, saya tak peduli. Saya tak takut”.

Tercungap anjing tersebut apabila dilepaskan

Namun tidak lama kemudian, anjing tersebut dilepaskan dari gantungan. Haiwan itu kelihatan tercungap-cungap mendapatkan udara namun tidak menunjukkan reaksi cedera.

Diharap orang ramai lebih prihatin dan bertolak ansur dengan setiap makhluk yang tinggal dimuka bumi ini.